Assalamualaikum, selamat hari Rabu. Menghitung hari anak nak start cuti sekolah. Apa plan anda sepanjang cuti sekolah sebulan akan datang ni?
Huda ada la juga plan itu ini, inshaAllah dengan izin Allah dipermudahkan semua plan. Amin..
Hari ini huda nak kongsi tentang Jangan Tunggu Kaya baru nak habiskan masa bercuti dengan anak-anak. Tunggu nak cukup budget holiday oversea, baru rasa nak pergi holiday dengan family.
Tahun 2017 ini, huda set agenda bulanan untuk family huda dengan bercuti tak kisah la jauh ke dekat-dekat ke, yang penting kami anak-beranak enjoy bercuti bersama.
Ada orang lebih suka saving, dari membelanjakan duit untuk bercuti dengan family. Ada yang nak tunggu kaya baru nak pergi bercuti. Taste tinggi melangit nak bercuti naik kapal terbang, pergi negara 4 musim.
Huda tak kisah tak kaya dengan saving di akaun bank, tapi huda kaya dengan memori indah bersama-sama anak dan suami.
Arif Haikal tahun ni 5 tahun, dan Arif Hakim 3 tahun. Jika huda tunggu kaya baru nak bawa diorang holiday, mungkin time huda dah berjaya kumpul 1 juta, anak-anak dah membesar. Dah takde nak peluk-peluk mama cakap terima kasih bawa Arif bercuti. Dah takde adik hakim nak kiss pipi mama setiap kali family photo. Dah tak muat katil nak kongsi 4 beranak. Dah takde ruang nak mandi bath tub satu family.
Huda tak kisah tak kaya dengan saving di akaun bank, tapi huda kaya dengan memori indah bersama-sama anak dan suami.
Arif Haikal tahun ni 5 tahun, dan Arif Hakim 3 tahun. Jika huda tunggu kaya baru nak bawa diorang holiday, mungkin time huda dah berjaya kumpul 1 juta, anak-anak dah membesar. Dah takde nak peluk-peluk mama cakap terima kasih bawa Arif bercuti. Dah takde adik hakim nak kiss pipi mama setiap kali family photo. Dah tak muat katil nak kongsi 4 beranak. Dah takde ruang nak mandi bath tub satu family.
Huda ada masa beberapa tahun sahaja lagi untuk enjoy childhood dengan The Arifs. Nanti The Arifs dah besar, dah pandai berdikari, pastinya percutian keluarga dah tak sama dengan percutian keluarga zaman kanak-kanak. Mungkin diorang akan tidur katil asing, bilik asing. Nak pegang tangan mama jalan-jalan pun mesti malu. Ajak bercuti pun mungkin susah, dengan komitmen mereka sendiri contoh kelas tambahan, tuisyen hujung minggu, nanti dah besar sikit lagi masuk kolej lagi la susah agaknya.
Jadi huda tak tunggu kaya baru nak cipta memori percutian keluarga yang indah.
Tiada istilah nanti. Nanti itu tak pasti akan datang. Gunakan THE POWER of NOW.
Sekarang waktu huda nak cipta memori childhood yang indah dalam memory deposit The Arifs. Supaya bila diorang besar, diorang akan sentiasa rindukan percutian keluarga. Jujur huda pun masih ingat setiap percutian keluarga masa huda kecil. Rindu abah pimpim tangan, abah peluk. Mak suap makan dan rindu semua memori indah bercuti bersama adik-beradik yang lain. Walau dulu tak pernah pergi jauh, dapat bercuti ke Melaka satu family pun huda dah happy sangat.
Jangan tunggu kaya....
10 tahun akan datang mungkin kita kaya, tapi adakah kita masih kuat berjalan, adakah kita masih berselera nak makan macam-macam, adakah anak-anak kita akan enjoy percutian keluarga masa akan datang berbanding masa kanak-kanak mereka.
Satu masa, mungkin hanya huda dan suami yang akan bercuti bersama. Anak-anak akan lebih suka bercuti dengan kawan-kawan mereka..
Sedih pulak rasa cerita topik family ni...
Huda selalu doa Allah murahkan rezeki anak-anak. Alhamdulillah, tahun 2017 ini banyak tempat baru The Arifs dah terokai. Semoga semua percutian keluarga ini tersemat indah dalam memori anak-anak.
Januari >> Percutian Pertama di Tahun 2017 di Sutra Beach Resort <<
Mac 2017 - Taman Saujana Hijau Putrajaya
April - Kompleks Sukan Negeri Kuala Terengganu
May - Chinatown , Kuala Terengganu
Julai - The Arifs 2nd Flight to Johor Bahru
Ogos - Cherating, Kuantan
September - Tok Aman Bali Beach Resort, Kelantan
Oktober - i-City Shah Alam.
Duit yang telah digunakan, inshaAllah Allah akan ganti lipat kali ganda lagi, namun setiap detik yang berlalu takkan sekali pun dapat kita kembalikan, walau sesaat.
Terimakasih Allah, atas nikmat yang paling hebat iaitu masa berharga bersama-sama anak-anak dan suami tersayang. Doakan anak-anak huda murah rezeki, dapat jalan-jalan cuti sekolah nanti. Amin...
0 Comments