Kenapa ketam berlainan warna dan bentuk?

6:52 pm
Assalamualaikum. hari ini huda nak kongsi cerita tentang ketam. 

Siapa yang suka makan ketam macam huda? Ada tak korang terfikir macam huda. Kenapa ketam berlainan warna dan bentuk?

Teringat dulu, masa mula-mula kahwin, start shopping sendiri barang dapur di pasar ( sebelum kahwin, tahu-tahu lauk basah dah kat dapur, tinggal bersihkan dan masak jer ). Huda tertanya-tanya setiap kali nak beli ketam, kenapa ada macam-macam warna. harga sama jer. mana yang sedap? 

Huda ada tanya abah huda, beliau pun tak tahu kenapa ketam lain-lain warna. 

Huda ni jenis curiosity tinggi, jadi huda ada tanya orang yang jual ketam di pasar suatu ketika dulu. 



Jawapannya,semua ketam ni satu species iaitu Blue Swimmer Crabs / Sea Crabs. Ketam yang paling kecil dalam gambar di atas adalah ketam betina, dan di bahagian bawah ketam jantan. 


" The males are bright blue in colour with white spots and with characteristically long claw, while the females have a duller green/brown, with a more rounded carapace (the exoskeleton). The carapace can be up to 20 centimetres (7.9 in) wide." - Wikipedia 

Rupanya beza jantan betina sahaja. Abah huda juga ada kongsikan, ada masa bulan penuh, isi ketam penuh, kalau tak isi ketam sikit. 
Isi ketam antara ketam jantan dan ketam betina agaknya mana lagi sedap?

Hehe, tak tahu nak jawab. sebab lepas siang ketam, outer shell pun dah tercabut, dah belah dua, memang tak perasan pun nak bezakan mana satu, fikir nak makan jer. 

Dah namanya ketam, mesti lah semua sedap kan? 

Alhamdulillah, rezeki balik kampung minggu ini, abang ipar bawa balik ketam dari pasar. Sebab beliau regular customer selalu pergi pasar untuk beli barang, dapat la harga murah. Kalo tak nak, berkira-kira juga kan nak makan ketam ni. Semoga Allah murah rezeki abang ipar huda yang belanja kami semua makan ketam kelmarin. 




some_text

1 comment:

  1. memang kalau nak beli ketam, tunggu bulan penuh. Puas makan ketam..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.