Resepi Donut Gebu

4:25 pm
Assalamualaikum, Salam Hujung Minggu untuk semua.

Hujung minggu, Arif akan selalu lapar, kuat sangat main dengan adik hakim dari awal pagi. Pelik, bateri penuh jer budak-budak ni..jadi huda kena la masak sedap-sedap waktu hujung minggu ni. Sebab selagi tak kenyang, selagi tu asyik masuk dapur jer anak-anak.

Untuk menu petang hari ini huda buat donut. Kuih yang paling mudah dan kos paling murah =)

Nak tahu resepi Donut Gebu yang mudah?

Jom huda kongsikan pada semua .



Resepi Donut Gebu Kegemaran The Arifs

Bahan A

1 susu yis
3 sudu gula
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
 - Satukan dalam mangkuk dan biarkan yis kembang dalam 15 minit

Bahan B
3 sudu majerin
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 biji telur
4 cawan tepung gandum
- satukan bahan A dan bahan B, adun sebati.

perap selama 1-2 jam.
kemudian bentukan doh donut dan biarkan setengah jam.
Kemudian sedia di goreng dengan api sederhana.

Selamat mencuba dan makan bersama-sama anak-anak 😊





some_text

No comments:

Powered by Blogger.