Movie Review - The Emoji Movie

Assalamualaikum semua pembaca cerita huda.
Hari ini huda nak cerita tentang The Emoji Movie yang huda sudah tonton di GSC Melawati Mall minggu lepas.


The Emoji Movie

Genre : Animation, Adventure & Comedy
Arahan : Tony Leondis
Pelakon: T.J Miller, Anna Faris, Sofia Vergara, Patrick Stewart dan James Corden.
Produksi : Columbia Pictures dan Sony Pictures Animation

Trailer - The Emoji Movie




OST - The Emoji Movie
Good Vibration by Ricky Reed




Sinopsis - The Emoji Movie



Mengisahkan tentang Gene yang merupakan Emoji 😑 "Meh" yang dikatakan tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya (malfunction) hanya kerana Gene mempunyai keupayaan menukar kepada emoji yang lain. Secara normalnya setiap emoji hanya boleh memiliki satu emoji sahaja. 

Gene memulakan pengembaraannya bersama rakannya Hi-5 dengan keluar dari Textopolis dan mencari Jail-Breaker. Kemudian meneruskan misi membetulkan keadaan Gene yang diklasifikasikan sebagai malfunction. Ibu bapa Gene sedar Gene menghilangkan diri dari Textopolis dan berusaha mencari Gene diluar Textopolis.

Misi pengembaraan Gene dan rakannya penuh cabaran kerana mereka di kejar oleh robot dari Textopolis yang di arahkan untuk memusnah Gene. 

Sepanjang pengembaraan Gene dan rakannya, mereka termasuk kedalam aplikasi Candy Crush , aplikasi Just Dance dan pelbagai aplikasi lain yang kita biasa guna di telefon pintar. Membuatkan cerita ini dekat dengan kita, anak-anak huda pun excited bila Gene masuk ke dalam aplikasi YouTube. ( Apps favourite The Arifs)

Adakah Gene berjaya mencapai misi beliau? 

Nak tahu kena la tengok 😊

Pada pendapat huda, The Emoji Movie ini sangat menarik untuk ditonton bersama anak-anak. 
Jalan cerita yang menarik dan sarat dengan pengajaran yang dapat di ambil dari movie ini. 

Antara pengajaran atau moral values yang huda dapat adalah sifat berani meluahkan perasaan sendiri adalah sangat penting untuk menjadikan hidup kita lebih bermakna.

Kita juga harus menerima keunikan diri kita sendiri dan jangan bandingkan dengan orang lain. 

Selain itu dalam The Emoji Movie juga memupuk semangat setiakawan, bertolak ansur dalam perhubungan keluarga dan jangan merendahkan kemampuan diri kita sendiri. Berani cabar diri sendiri!

Part Favourite dalam The Emoji Movie adalah Emoji-Pop Dance! Supercute!




Huda bagi 4 Bintang untuk movie ni 🌟🌟🌟🌟

Sekian coretan movie review hari ini. Selamat menonton The Emoji Movie 😃
some_text

Post a Comment

0 Comments