Shopping di SGS Shop- Part 2

Alhamdulillah. Syukur dapat rezeki bergolek-golek setiap hari... (eh, usaha dulu tau, baru la rezeki bergolek-golek datang)


 Parcel kedua, iaitu barang-barang yang huda shopping untuk kali kedua dengan habiskan shopping credit RM100 di SGShop Malaysia telah selamat sampai.

Nak baca part 1 apa huda dah beli >> Shopping di SGShop <<

 Kali ini parcel sampai awal 1 minggu lebih dari yang dijadualkan. Alhamdulillah, nasib buat alamat pos ke rumah mertua, konfem ada orang.


untuk kali kedua ni, huda beli reward diri sendiri dengan baju baru.

huda dah lama tak beli blouse baru, ni alang-alang boleh shopping FREE maka belikan baju blouse macam model ni pakai.

 Ok la kualiti kain not bad, tak try pakai lagi. Tunggu en.suami ajak pergi dating baru nak pakai =)


Barang ke dua, barang paling mahal beli kat SGShop ni adalah....


 
Swimming pants untuk suami. 
 
Dah lama en.suami takde swimming pants. Rasanya lepas ada anak ni, kalau pergi swimming pool, dia pakai seluar biasa jer, alasan.... hehe.. seluar swimming dulu dah tak muat. hehe, nak buat macamana kan, bahagia terlebih, sampai terlebih berat badan tu...  

Huda sebagai isteri yang prihatin, maka belikan kan swimming pants baru, yang dia muat pakai. Lepas ni rajinkan diri untuk swimming.... Huda suka sangat tengok dia swimming.... hensem dan macho jer bila timbul ke permukaan air dengan gayanya. 

Maka habislah shopping credit RM200 percuma yang huda dapat....

Hope lepas ni ada la rezeki menang contest apa-apa lagi. InshaAllah.

Terima kasih SGShop Malaysia.


 some_text

Post a Comment

0 Comments