Filem Review : Jab Harry Met Sejal

Salam Hujung Minggu =)

Hujung minggu dan tengok wayang dah sinonim dengan aktiviti hujung minggu yang wajib buat. Korang layan filem apa hujung minggu ini?



Hujung minggu ni spesial sebab layan filem hindustan terbaru lakonan Shah Rukh Khan dan Anushka Sharma.

Suami dan huda memang minat cerita hindustan dan suka genre movie romantic comedy, so filem
 " Jab Harry Met Sejal" adalah pilihan paling terbaik untuk kami.

Setelah habiskan masa 2 jam setengah tonton filem ini huda boleh katakan movie ini menarik dan tak rugi tengok.

Plot cerita pun menarik, ada beberapa scene yang buat hati huda tersentuh dan mata berkaca....

Cerita ini tentang Harinder "Harry" Singh Nehra merupakan seorang pemandu pelancong di Amsterdam. Selepas menghantar pulang sekumpulan pelancong di lapangan terbang, salah seorang pelancong (Sejal Zaveri) berpatah balik dan berjumpa Harry. Sejal telah kehilangan cincin pertunangannya.

Maka bermula perjalanan Harry dan Sejal menjejaki cincin pertunangan yang hilang di semua lokasi pelancongan yang mereka telah lawati sebelum ini.

Part ni memang best, seronok tengok diorang Europe tour. Antara tempat diorang pergi Prague, Amsterdam, Vienna, Lisbon dan Budapest. Lokasi pengambaran di tempat pelancongan menjadikan filem ni sangat-sangat cantik. Mula la berangan bila la nak sampai sini... ( InshaAllah satu hari nanti mesti sampai juga!)

Dah spend time travel ke sana-sini, maka terbit perasaan "cinta" dalam hati Harry dan Sejal. Tapi mereka berdua terpaksa menafikan perasaan itu sebab sedar status Sejal tu tunangan orang.

Plot cerita terus berkembang dan klimaks cerita ini apabila mereka mengetahui bahawa seorang penjenayah, Gas, telah mencuri cincin tersebut. Mereka pergi ke Gas untuk mendapatkan cincin itu tetapi Harry dibelasah oleh orang Gas ( scene dalam babak di Spain ni sama lokasi cerita The Legend of The Blue Sea lakonan Lee Min Ho =)

Kepala Harry luka sebab dibelasah oleh penjahat. Sejal berusaha untuk membasuh dan membalut luka di kepala Harry. Sejal pun  mencari antiseptik dalam begnya, habis di terbalikkan beg terkeluar semua isi beg.

Dan.... cincin yang dicari-cari selama ini rupanya ada dalam handbeg Sejal!!!

Maka Sejal mula rasa bersalah sebab telah susahkan Harry dan perasaan kasihan itu perlahan-lahan bertukar menjadi kasih.


" Love grows when kindness is planted"

Nak tahu plot seterusnya dan apa ending kisah pertemuan Harry dan Sejal?

Tak best la kan, huda cerita semua sekali. Pergi la tengok sendiri kalau nak tahu.

Nah layan trailer Filem " Jab Harry Met Sejal"



Minit 1:17 - babak favourite encik suami,sebab dia kata sebiji perangai cam bini dia =p

Overall huda bagi 3.5 bintang untuk cerita ni. Cerita yang ada part kelakar, romantik dan ada moral juga.

Pengajaran penting dalam cerita ni, suami huda cakap satu jer.... JANGAN PANIK. bila ada hilang barang tu cari elok-elok, tak payah kalut dan susahkan orang lain. Ok?
( huhu, terasa yer saya...terkena batang hidung..)

Total cost dating layan movie hindustan di TGV kali RM0 , sempena birthday freebies untuk "august babies"

Terima kasih TGV Cinemas sponsor semua - tiket wayang dan popcorn set. Berbaloi-baloi jadi ahli MOVIECLUB TGV sejak tahun lepas.



Tiket free TGV dah redeem, agak2 tiket wayang GSC free nak redeem tak yer?
>> BIRTHDAY FREEBIES GSC Vs TGV <<

Sekian dulu review filem hindustan di hujung minggu, nantikan huda kongsi review menu sedap di Nandos yang huda baru cuba semalam!

Salam Hujung minggu semua =)



some_text

2 comments:

Powered by Blogger.