Projek Raya Golden Almond Cruchy

2:28 pm
Salam 18 Ramadhan 1428H.  Setelah beberapa hari sangat sibuk menghadap cik oven merah siapkan order kuih raya, huda nak luangkan sikit masa menulis blog.
 
Alhamdulillah, ini tahun kedua huda buat bisnes kuih raya Almond Crunchy. Huda tambah perkataan "golden almond crunchy" bagi kelainan sikit.
 
 

Tahun lepas huda buat pun last minit, takde sample pun bagi pada customer. Tahun ni sempat bagi sample customer rasa dan Alhamdulillah, usaha huda membuahkan hasil.

Sebelum puasa huda jual berpuluh botol Golden Almond Crunchy. 
Order sepanjang Ramadhan kali ini mencecah ratusan botol dan huda dapat menjana ribuan ringgit. 

Semua dengan izin Allah dan usaha suami huda yang banyak tolong promosi pada customer-customer beliau secara offline. 

InshaAllah , tempahan Golden Almond Crunchy ini huda akan buka sepanjang tahun dan ada juga goodies pack yang sesuai dijadikan doorgift untuk kenduri kendara.

Masih berbaki 80 botol lagi huda harus siapkan sebelum hari raya. 
Semoga Allah hadiahkan huda kekuatan dan kesihatan sepanjang Ramadhan yang masih berbaik 11 hari ini. 

Walaupun sibuk siapkan order, semoga Allah hadiahkan huda keberkatan waktu, waktu yang cukup untuk huda menikmati 10 Ramadhan Terakhir . InshaAllah.

Sekian dulu coretan sejenak di petang hari 18 Ramadhan. 

some_text

No comments:

Powered by Blogger.