Tips Diet - Tukar ke Beras Perang

2:45 pm
Alhamdulillah, hari ni masuk 2nd week huda tukar beras perang ganti beras putih yang sudah hampir 30 tahun makan. Mula-mula start agak pelik la nk makan beras perang ni, tapi dah masuk 2nd week ni, ok jer =) Paling penting target nak diet sihat bersama en.suami tercapai!

ini beras perang pertama huda beli. Tahan 2 minggu makan , untuk kami 4 orang anak beranak =)
Ok la tu, harga RM8.50 sepeket, 2kg.  Jimat beras ni, sebab makan sikit kenyang, so huda tak payah masak nasi lebih-lebih. Makan nasi sekali jer sehari


Fakta pemakanan dan cara masak pun ada kat label belakang packaging beras. 


Kenapa huda bertukar kepada beras perang?

Tahun ni umur masuk 3 series, huda kena lebih peka tentang aspek kesihatan. Huda nak jalani healthy aging. So mula-mula ubah gaya hidup dan cara makan. 

nak tahu lebih dalam tentang beras perang ni? Boleh layari blog seorang agronomist yang pakar bab beras ni >> Anim Agro Tech <<


No comments:

Powered by Blogger.