Resepi Tomato Puri

Hari ini huda nak kongsi tentang resepi tomato puri. Selalu kita beli tomato puri dalam tin, hari ini huda nak buat sendiri tomato puri.
Sebenarnya , semalam huda shopping di Giant, Kuala Terengganu bersama suami dan anak-anak.
Bila lalu bahagian sayur-sayur, Giant buat promosi satu plastik penuh tomato dengan harga 50 SEN SAHAJA!
Waktu sekarang barang makain mahal, Giant pula buat promosi terlajak murah ni. 
Apa lagi, huda pun penuhkan satu plastik tomato dan plan nak buat tomato puri yang boleh digunakan untuk buat spagetti atau topping pizza nanti.
Setelah google resepi tomato puri yang mudah dan jimat masa, huda pilih resepi TOMATO PURI dari beberapa blog dan huda olah ikut citarasa huda.
RESEPI TOMATO PURI
==================
Bahan-bahan:
1 kg tomato 
3 Biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh garam 
3 sudu gula
Cara-caranya:
1) Basuh dan bersihkan tomato kemudian hiris seperti buat tanda "X" di bahagian bawah tomato
2) Masukkan tomato kedalam air mendidih selama 10 minit
3) Angkat tomato dan rendam ke dalam air sejuk selama 5 minit
4) Toskan tomato dan buang kulit serta biji tomato
5) Kisar tomato dengan bawang merah dan bawang putih 
6) Masak tomato hingga pekat dan perasakan dengan gula dan garam.
Selamat berkongsi resepi dengan huda.
some_text

Post a Comment

0 Comments