Happy 61 Birthday Abah!


Hari ini Tarikh 3 Ogos 2015. Hari ini birthday Abah yang ke 61. Nak beli kek atau masak special hari ini?


Biasa kalau birthday, mesti sinonim dengan birthday cake kan?

Hmm, kek untuk abah macam kurang sesuai. sebab abah ada kencing manis. Musim raya pulak sekarang, kek dalam peti ais ada lagi. 

Tanya adik yang ada di rumah,dia plan nak buat TIRAMISU untuk abah. 

Petang tadi keluar cari bahan. semua bahan -bahan untuk buat tiramisu tiada di kedai yang huda pergi.

back up plan?

Buat menu special on abah special day. CHICKEN CHOP!

Taraaaa~~~~

Ini dia Homemade Chicken Chop and Mash Potato cooked with love by huda and ida =)


Alhamdulillah, abah enjoy this special meal dengan seleranya. 

Insha Allah, panjang umur dan murah rezeki lagi, huda belanja abah makan best-best lagi. Huda sayang abah sangat!


Gambar ini paling bermakna buat huda bersama abah. Sedih sangat masa ini. Walau huda dah kahwin, huda tetap sayang abah, tak berkurang walau hero dalam hidup dah bertambah ( suami dan 2 hero kecik ).

Impian huda nak bagi hadiah abah pergi umrah 5 bintang. Hotel sebelah kaabah. Insha Allah, tahun depan huda target! 

Huda doakan abah panjang umur dan sentiasa sihat dan bahagia. Huda selalu nak bahagiakan abah dunia dan akhirat! Huda nak jadi anak yang bawa abah ke syurga. Amin...

Sekian coretan ceritahuda hari ini. Sayangi ibu bapa kita semua selagi mereka masih bernyawa, berkhidmat pada mereka dengan ikhlas, sesungguhnya kita tidak mampu membalas jasa mereka yang banyak berkorban sepanjang hayat demi kita.




some_text

Post a Comment

0 Comments