Apa yang Menarik di eslite spectrum KL? Jom Terokai 4 Zon Menarik di sini!
Hujung minggu lepas Huda jalan-jalan shopping raya di area Bukit Bintang KL. Huda singgah ke eslite spectrum KL, yang terletak di The Starhill, Bukit Bintang. Untuk korang yang tak tahu, eslite spectrum KL bukan sekadar sebuah kedai buku tau! eslite spectrum KL merupakan hab yang menggabungkan pengalaman membeli-belah, budaya, dan komuniti. Seharian luang masa di sini sebab semuanya ada! Perfect place untuk mencari fesyen terkini, menerokai kedai buku, atau bersantai di kafe yang selesa.
Terokai Empat Zon Utama di eslite spectrum KL
Shopping Village – Syurga Fesyen & Kecantikan
.jpg)
Nikmati pilihan fesyen wanita dan kosmetik yang dikurasi khas, semuanya di bawah satu bumbung. Direka untuk pembeli yang menghargai kemudahan dan kualiti, zon ini menawarkan pakaian bergaya serta produk kecantikan premium—pastinya destinasi utama untuk peminat fesyen dan penjagaan diri.
Marketplace – Khazanah Barangan Unik
.jpg)
Temui pelbagai hiasan rumah, tumbuhan sukulen, barangan seni, dan aksesori gaya hidup. Sama ada untuk mencantikkan ruang kediaman atau mencari hadiah untuk seseorang yang istimewa, Marketplace penuh dengan koleksi menarik yang menyuntik karakter kepada kehidupan seharian anda.
Urban Plaza – Syurga Pencinta Buku
.jpg)
Masuki dunia eslite bookstore, syurga literasi dengan pelbagai buku antarabangsa, bahan bacaan inspirasi, dan koleksi yang dikurasi khas. Selain buku, zon ini turut menempatkan Signature Market untuk snek berkhasiat dan Puzzle Planet untuk permainan teka-teki yang mencabar minda.
Downtown Square – Jenama Antarabangsa Eksklusif
.jpg)
Kafe & Tempat Makan Mesra Muslim
.jpg)
Pengalaman membeli-belah yang hebat tidak lengkap tanpa hidangan lazat. eslite spectrum KL menampilkan kafe dan restoran pilihan ramai, dengan banyak menu mesra Muslim untuk dinikmati. Sama ada anda mengidamkan hidangan menyelerakan, kopi artisan, atau pencuci mulut yang lazat, terdapat pelbagai pilihan untuk memenuhi selera anda.
Sertai Sesi Bicara Buku & Acara Inspirasi
Pengalaman Sertai Succulent Workshop di eslite spectrum KL
.jpg)
Selepas cuci mata melihat kesemua empat zon menarik di sini, Huda luangkan masa join Succulent workshop di sini. Seronok sangat sebab peluang hands on experience deco sendiri succulent.
Little Eden Succulents.jpg)
Little Eden Succulents ialah pakar terarium sukulen pertama di Malaysia, yang mula beroperasi pada tahun 2016. Jenama ini ingin menyebarkan kasih sayang, kegembiraan, dan kemesraan kepada semua yang merasai sendiri pengalaman menghasilkan atau menerima sebagai hadiah terarium tumbuhan daripada Little Eden Succulents. Ia berusaha untuk mewujudkan ruang di mana orang ramai boleh berinteraksi dengan tumbuhan—bukan sekadar memerhati tetapi turut membesar dan berkembang bersama mereka.
Pengasas jenama ini mulai berminat dalam menanam sukulen selepas disahkan menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang juga dikenali sebagai Lupus. Menempuh pelbagai cabaran dan kepayahan, termasuk penyakit ini, membuatkan beliau menghargai semangat dan ketahanan sukulen untuk terus hidup.
"Kami percaya kepada kuasa dan kekuatan apabila kita bersatu dengan alam semula jadi. Tumbuhan adalah penyembuh jiwa. Ia menyampaikan mesej penting yang kita sering terlepas pandang dalam kehidupan seharian."
— Yee Zhing, Pengasas LES
.jpg)
Sukulen sangat tahan lasak; ia tetap berusaha untuk terus hidup walaupun dengan sehelai daun terakhir. Daun yang terpisah daripada induknya akan berusaha untuk meneruskan generasi seterusnya dengan menghasilkan daun baharu serta memberikan nutrien yang diperlukan, sementara ia sendiri perlahan-lahan layu—suatu contoh pengorbanan kasih sayang yang luar biasa. Dunia pastinya lebih indah jika kita semua hidup dengan kasih sayang yang sebegini.
Little Eden Succulents juga ingin meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan diri, baik secara fizikal mahupun mental ketika kita sibuk mengejar cita-cita dan impian dalam kehidupan.
Memberi itu indah dan membeli terarium membawa tiga bentuk kegembiraan:
- Kebahagiaan untuk insan tersayang dengan pemberian dalam bentuk kehidupan penuh kehijauan.
- Kebahagiaan untuk diri sendiri apabila melihat kegembiraan insan tersayang.
- Kebahagiaan kepada mereka yang mahukan sesuatu yang istimewa dan memberi inspirasi dalam hidup mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari www.littleedensucculents.com atau hubungi Hannef di hannef.esq@gmail.com
Mudahnya ke eslite spectrum KL
MRT:
· Stesen Bukit Bintang – 5 minit berjalan kaki ke The Starhill.
· Stesen Tun Razak Exchange (TRX) – 15 minit berjalan kaki ke lokasi.
Monorel:
· Stesen Monorel Bukit Bintang – Berjalan kaki sebentar ke The Starhill.
Untuk korang yang bawa kenderaan sendiri berikut info tentang tempat letak kereta
Hari Bekerja (Isnin – Jumaat):
· 3 jam pertama: RM5
· Setiap jam berikutnya: RM3
· Selepas 5:00 PM: Kadar rata RM7 per kemasukan
Hujung Minggu (Sabtu, Ahad) & Cuti Umum:
· 8 jam pertama: RM10
· Kadar maksimum sehari: RM15
⭐ Promosi Early Bird:
· Masuk antara 7:00 AM – 10:00 AM, keluar antara 4:00 PM – 8:00 PM pada hari yang sama dengan kadar rata RM10.
Pastikan eslite spectrum menjadi destinasi yang korang wajib terjah setiap kali ke KL tau! Satu destinasi pelbagai tarikan menarik di sini.
0 Comments