Tips Nikmati Bahagia Setiap Hari Walau Hidup Tidak Seindah yang Kita Impikan

Tips Nikmati Bahagia Setiap Hari Walau  Hidup Tidak Seindah yang Kita Impikan


Pagi Isnin yang tenang. Duduk di sofa dan menulis di blog, setelah sekian lama tidak menulis. Now I am back. Rasa malu dengan diri sendiri, bila client approach offer job as blogger, tapi blog dah bersawang. lama betul tak menulis, maybe hilang inspirasi menulis atau terlalu banyak alasan. Astagfirullah... Susah betul nak lawan rasa malas dan jadi rajin macam dulu-dulu. Kadang kala rasa malas tu datang bila kita rasa hidup kita ni tak best atau bahasa mudah , kita rasa kurang bahagia  dan start compare hidup kita dengan orang lain yang kita rasa hidup mereka lebih best dari kita. Tapi kita lupa bahagia tu milik hati yang bersyukur dan redha. Maka, ayuh la kita reflect dalam diri kita, dan istigfar, kita lupa nak "counting blessing" yang Allah hadiah setiap hari....

Okay nak share tips bahagia setiap hari bermula kita membuka mata sehingga kita menutup mata adalah dengan rasa REDHA. 

Redha ialah kita terima sesuatu ujian Allah dengan hati yang sabar dan terbuka ,perasaan yang tenang serta berlapang dada.

"Bahagia Itu Redha"

 Bagaimana rasanya bahagia itu?

Dimana letaknya kebahagiaan sebenar? Soalan ini sering bermain di hati kita, terutamanya di kala sepi dan sendiri. 

Bahagia itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang kita perlu cari di luar sana. Ia terletak dalam diri kita sendiri. 

Bahagia itu Ada Dalam Hati

Ada yang mencarinya pada harta, pada kedudukan, atau perhatian manusia. Tetapi hakikatnya, bahagia itu tidak perlu dicari jauh-jauh. Ia ada dalam hati, cuma kadangkala kita kabur oleh ujian dunia.

 Rasulullah SAW pernah bersabda:

 "Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin itu, sesungguhnya segala urusannya adalah baik baginya. Jika ia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka itu baik baginya." (Riwayat Muslim) 

Hadis ini mengingatkan kita bahawa kebahagiaan sejati bukanlah pada kesenangan semata-mata, tetapi pada kesyukuran dan kesabaran. Bila kita melihat setiap hal yang berlaku dalam hidup ini sebagai ketentuan Allah, hati kita akan menjadi tenang. Dengan mengubah sedikit sudut pandang, kebahagiaan itu akan mula terbit dari dalam diri. 

Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Ra'd ayat 28: 

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." 

Kebahagiaan sebenar adalah ketenangan hati yang datang apabila kita mengingati Allah dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya. Bahagia itu adalah redha dengan ketentuan-Nya, baik yang manis mahupun yang pahit. Bila kita redha, kita tidak akan merasa terlalu kecewa dengan apa yang terlepas atau terlalu teruja dengan apa yang diperoleh. 

Mungkin kita pernah terluka, atau kehilangan sesuatu yang kita anggap sangat berharga. Namun, janganlah terlalu berduka tentang kebahagiaan yang tidak dapat kita miliki di masa lalu. Setiap kehilangan adalah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Allah tidak menciptakan kesedihan melainkan untuk kita kembali kepada-Nya, lebih dekat dan lebih tenang. 

Bahagia di Sebalik Ujian 


Rasulullah SAW juga bersabda: 

"Siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang baik, maka Allah akan mengujinya." (Riwayat Bukhari)

 Hadis ini mengingatkan kita bahawa setiap ujian dan kehilangan adalah tanda kasih sayang Allah, untuk menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Maka, berdoalah agar kita sentiasa diberi kekuatan untuk menerima setiap takdir-Nya dengan hati yang redha. Mudah-mudahan, di akhir perjalanan ini, kita semua akan dikurniakan kebahagiaan yang sebenar – kebahagiaan yang tidak akan pernah pudar, iaitu bahagia yang disandarkan sepenuhnya pada keredhaan Allah. Moga hati kita dijaga agar tidak berpaling dari-Nya, dan semoga kita sentiasa dalam rahmat dan keredhaan-Nya. InshaAllah.

~ Inspirasi kata-kata inspirasi dari Ceramah Ustaz Ustazah


Semoga perkongsian huda di pagi Isnin ini memberi inspirasi untuk kita semua, semoga kita tersenyum hari ni dan bersyukur. Nikmati segala perjalanan hidup kita dengan hati yang redha walau ianya tidak seperti kita pernah impikan. Ingat hidup ni sementara, akhirat sana yang kekal abadi. 



Post a Comment

0 Comments