Jom jana Pendapatan dan Membantu Petani Di Palestin Bersama Al-Ard
Zaman sekarang wajib ada “side hustle” untuk menampung perbelanjaan keluarga. So hari ni Huda nak share peluang korang jana pendapatan dan paling best dalam masa yang sama secara tidak langung kita membantu meningkatkan tahap ekonomi dan rakyat Palestine.
Bagaimana Nak Jana Pendapatan Bersama Al'Ard?
Sebelum Huda share bagaimana untuk korang buat duit dengan Al-Ard ni, jom kita kongsi fakta-fakta menarik tentang Al-Ard. Bak kata orang tak kenal maka tak cintaJenama Al-Ard bukan asing lagi di Malaysia kerana ianya merupakan satu-satunya syarikat Palestine yang beroperasi di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu. Ianya juga merupakan satu-satunya pejabat yang beroperasi di luar Palestine dan ibu pejabatnya terletak di Shah Alam Selangor. Malaysia merupakan negara yang menjadi pilihan walaupun produk Al'Ard dijual di pelbagai negara di dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia dan Indonesia.
Latar Belakang AL'ARD
Tahun 2008Ziad Anabtawi telah memulakan Al'Ard pada tahun 2008 dengan tujuan membantu para petani Palestine menjual minyak zaitun mereka dengan menyediakan kemudahan terkini dan membantu mencapai pasaran global baharu.
Tahun 2018
Pada tahun 2018, anak lelaki beliau iaitu Subhi pulang ke Palestine selepas mengembara ke seluruh Eropah bagi mempelajari pertanian organik dan amalan perdagangan adil dan bekerjasama menghasilkan makanan tradisional Palestine yang terbaik.
Visi Al'Ard
Memberikan tumpuan menyokong sektor pertanian Palestine untuk berkembang dan menghasilkan dan mengeksport barangan berkualiti tinggi dan unik yang boleh bersaing di pasaran antarabangsa. Al'Ard merupakan pembekal terbaik produk organik semenjak tahun 2008.
Lokasi Kilang AL'ARD
Lokasi kilang Alard Palestinian Agri-Products adalah di Nablus, Tebing Barat Palestine yang merupakan sebuah bandar perindustrian. Di sini terletaknya majoriti kilang dan perusahaan di Palestine. Ianya juga merupakan pintu utama untuk mengeksport produk Palestine ke luar negara.Tentang AL'ARD Malaysia

Alard Far East Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat pertama Al'Ard di luar negara Palestine. Telah memulakan perniagaannya dengan sistem ejen semenjak tahun 2014 di Malaysia. Rakyat Malaysia mendapat bekalan secara terus dari Palestine melalui kaedah penjualan secara terus dan juga melalui sistem ejen. Proses penjualannya dilakukan secara manual dengan melakukan pesanan stok di whatsapp atau secara berhadapan. Dana dari hasil jualan ini dapat disalurkan secara terus kepada rakyat Palestine melalui transaksi perniagaan yang sah
Namun demikian, setelah mendapat maklum balas dari pelbagai pihak, Al'Ard telah mengambil langkah menambahbaik sistem penjualan secara manual ini kepada Sistem Alard Partner. Para penjual produk Al'Ard boleh melakukan pembelian stok melalui sistem.
Al-Ard Partner
Alard Partner terbahagi kepada 3 kategori iaitu:-Gold Partner
Sebagai Gold Partner, penjual mendapat margin keuntungan sebanyak 40%. Pembelian pertama adalah sebanyak RM 3,888.00 dan mengekalkan pembelian seterusnya sebanyak RM 1,888.00Silver Partner
Penjual Silver Partner memperolehi margin keuntungan sebanyak 32%. Pembelian pertama sebanyak RM 388.00 dan pembelian seterusnya dengan nilai minima RM 388.00.
Bronze Partner
Dengan pembelian pertama sebanyak RM 188.00 anda layak untuk menjadi Bronze Partner dan memperolehi margin keuntungan sebanyak 20% dan mengekalkan pembelian seterusnya RM 188.00
Sales Kit
Bagi membantu para penjual produk, Al'Ard ada menyediakan alat bantuan pemasaran dan jualan seperti gambar, poster, video, flyers, bunting, t-shirt, promotion stand, non-woven bag, web listing dan juga channel telegram konten.
#BantuDiriBantuPalestine
Al'Ard juga telah menjalankan kempen 'Palestine Di Setiap Rumah' dengan menyasarkan untuk menghantar dana sebanyak RM 3 juta ke Palestine bermula Disember 2023. Setakat ini Al'Ard telah berjaya membuat penghantaran dana sebanyak USD 340,000.00 (RM 1,914,790.00) ke Palestine.
Memetik kata-kata Walid Abu Ali, Duta Palestine ke Malaysia,
” Cara terbaik membantu rakyat Palestine adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka. Rakyat Palestine bukan meraih simpati tetapi melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat. Melalui perniagaan juga, segala sokongan kewangan dapat disalurkan ke Palestine dengan cara yang telus tanpa sebarang ketirisan. ”
Cara Mendaftar Partner Al'Ard
Menarik kan peluang menjana pendapatan bersama Al'Ard ni? So jika korang berminat boleh terus membuat pendaftaran dengan klik pautan di bawah.www.partneralard.com
https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard
Akhir kata, jangan lupa kongsi pada rakan-rakan dan keluarga tentang peluang jana pendapatan bersama Al'Ard. Bersama-sama kita memperkukuh ekonomi umat islam dan berdoa kesejahteraan bumi Palestin.
0 Comments