Farmasi Alpro Melancarkan Cawangan Terbaru di KidZania Kuala Lumpur Kuala Lumpur

Farmasi Alpro Melancarkan Cawangan Terbaru di KidZania Kuala Lumpur Kuala Lumpur

Sempena Hari Ahli Farmasi Sedunia pada 25 September, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy, melancarkan cawangan terbarunya di KidZania Kuala Lumpur. Alpro Pharmacy adalah satu-satunya farmasi yang terdapat di bandar interaktif kanak-kanak ini, telah menyertai komuniti yang menawarkan lebih daripada 70 aktiviti simulasi kerjaya. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak berpeluang merasai pengalaman pelbagai profesion secara realistik. 


From left: Ph. Dr. Hiew Fei Tsong, Alpro Pharmacy’s Co- Founder received key to the new outlet and officially welcomed Alpro Pharmacy to be a part of KidZania from Ms. Elyse Ng, Chief Commercial Officer of Sim Leisure Group. 


Ph. Lim En Ni, Ketua Pegawai Farmasi dan Pengarah Penglibatan Alpro Pharmacy berkata,

 "Pengembangan kami ke KidZania Kuala Lumpur selaras dengan visi kami untuk dunia yang sihat dan bersemangat. Di Alpro Pharmacy, misi kami adalah untuk menyediakan peluang, kesihatan, dan panduan kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk kehidupan yang lebih baik. Adalah penting untuk memperkenalkan kanak-kanak lebih awal kepada peranan penting ahli farmasi dalam kehidupan mereka, terutamanya dalam memastikan keselamatan ubat-ubatan." 

"Persekitaran unik KidZania membolehkan kami berinteraksi dengan kanak-kanak melalui aktiviti main peranan yang membina pemikiran kritikal, pengetahuan kendiri, dan kreativiti mereka. Ia juga memupuk nilai-nilai penting dalam kehidupan seperti hormat, tanggungjawab, dan integriti."

From left: Ms. Elyse Ng, Chief Commercial Officer of Sim Leisure Group; Ph. Wong Wen Jun, Procurement Director of Alpro Pharmacy; Ph. Ter Jee Yang, Operation Manager of Alpro Pharmacy; Mr Wong Ching Yaw, Expansion Director of Alpro Pharmacy; Mr Wah Eng Foo, Expansion Director of Alpro Pharmacy; Ph. Dr. Hiew Fei Tsong, Co-Founder of Alpro Pharmacy; YBrs. Pn Norhaliza Bt A Halim, Deputy Director General of Health (Pharmaceutical Services), Ministry of Health; Ph Wong Siew Piin, Operations, Warehouse, Logistics and Distribution Director of Alpro Pharmacy; Ph. Lim En Ni, Chief Pharmacist and Engagement Director of Alpro Pharmacy, officially launched the Alpro Pharmacy outlet in KidZania Kuala Lumpur in conjunction with World Pharmacist Day, marking the first pharmacy in the interactive city.

Peluang Unik Menoraki Dunia Ahli Farmasi


Ph. Lim En Ni, along with the Little Pharmacists, had a great time mixing the gel created by the kids during the grand opening ceremony of the Alpro Pharmacy KidZania Outlet.

Alpro Pharmacy di KidZania Kuala Lumpur menawarkan peluang unik kepada kanak-kanak untuk menerokai dunia ahli farmasi komuniti melalui aktiviti interaktif selama 20 minit dan merasai pengalaman sebenar.

Cipta Gel Penenang Sendiri! 


Cawangan ini mempunyai makmal pengkompaunan di mana kanak-kanak boleh mencipta gel penenang mereka sendiri dengan bimbingan daripada profesional di cawangan tersebut.

Mereka juga boleh membawa pulang gel yang dihasilkan oleh mereka, direka untuk menenangkan ekzema dan melegakan kesan melecur kecil.



All the little pharmacists are ready to take part in role-playing activities. This hands-on experience gave them valuable insights into the crucial role pharmacists play in daily life, and their responsibility in safeguarding community health and medical safety.


 Pada majlis pelancaran, Ph. Lim turut menekankan tema Hari Ahli Farmasi Sedunia tahun ini, 'Ahli Farmasi: Memenuhi Keperluan Kesihatan Global,' serta peranan ahli farmasi komuniti dalam menyokong negara dalam usaha memerangi penyakit kronik seperti ekzema dan penyakit tidak berjangkit (NCD), serta peralihan kepada status negara tua yang dijangka pada tahun 2030.

 "Dengan lebih daripada 300 cawangan di seluruh negara, ahli farmasi komuniti kami mudah diakses dan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam penjagaan kesihatan asas dan pencegahan penyakit. Selain daripada nasihat mengenai ubat-ubatan, kami juga menyediakan perkhidmatan seperti berhenti merokok, perancangan keluarga, dan pengurusan kesakitan. Apa yang lebih menarik adalah waktu operasi kami lebih panjang daripada kebanyakan hospital dan klinik, dan untuk berbincang dengan kami tidak memerlukan sebarang janji temu, serta tiada bayaran konsultasi akan dikenakan,"

Alpro Pharmacy KidZania Kuala Lumpur berada di kawasan Kesihatan, Tingkat Atas, bertentangan dengan hospital. Ia menawarkan peluang untuk kanak-kanak yang berminat menjadi ahli farmasi dari usia 6 tahun ke atas. Waktu operasi adalah dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari.

Jadi sempena Cuti Sekolah ini jangan lupa bawa anak-anak berkunjung ke Kidzania dan beri peluang anak-anak menerokai pengalaman menjadi ahli farmasi. 

Post a Comment

0 Comments