
Program Diploma Kewangan Islam di INTEC diiktiraf MQA
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memberikan akreditasi penuh kepada program ini pada tahun 2021.

Program Diploma Kewangan Islam termasuk 91 jam kredit secara keseluruhan. Terdapat 9 jam kredit kursus yang diperlukan universiti, 27 jam kredit kursus teras biasa, 49 jam kredit kursus teras disiplin, dan 6 jam latihan industri wajib. Ia merangkumi semua aspek kewangan Islam, termasuk perbankan, takaful,perakaunan, pelaburan, dan keusahawanan.
Objektif Pendidikan Program adalah seperti berikut:
1. Kakitangan kewangan Islam yang menggunakan pengetahuan yang luas dan kemahiran praktikal dengan kognitif kebolehan dalam industri kewangan Islam.
2. Kakitangan kewangan Islam yang menunjukkan kerja berpasukan, kepimpinan, interpersonal dan kemahiran komunikasi.
3. Kakitangan kewangan Islam yang memahami pendekatan celik IT dan analisis yang berkaitan serta kemahiran numerasi dalam industri kewangan Islam.
4. Kakitangan kewangan Islam yang menunjukkan komitmen untuk pembangunan berterusan melalui pembelajaran berterusan dan peningkatan diri.
5. Kakitangan kewangan Islam yang menunjukkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan yang berkesan manakala mengekalkan etika dan profesionalisme dalam industri perkhidmatan kewangan.
Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Diploma Kewangan Islam
Graduan program ini mempunyai pelbagai pilihan pekerjaan, seperti:
1. Eksekutif zakat
2. Pegawai Syariah
3. Eksekutif dalam institusi kewangan
4. Perunding Jualan
5. Perunding Takaful
6. Perunding unit amanah
7. Perunding skim persaraan swasta
8. Perunding harta pusaka
9. Perancang Kewangan Islam (Shariah RFP/IFP)
Banyak kan peluang pekerjaan yang cerah untuk mereka yang memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang Kewangan Islam ini. Satu bidang yang sangat bagus untuk anak-anak lepasan SPM.
Peluang Melanjutkan Pelajaran Peringkat Sarjana
Untuk graduan yang mungkin berminat untuk lebih mendalami bidang kewangan Islam, mereka juga boleh menyambung pengajian dalam bidang berkaitan di universiti awam terkemuka, seperti:
1. UIAM – Sarjana Muda Kewangan (kewangan Islam)
2. USIM – Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam
3. UM – Sarjana Muda Pengurusan Muamalat
4. UiTM – Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam)
5. UMS – Sarjana Muda Kewangan Islam
6. USM – Sarjana Muda Pengurusan (Kewangan Islam)
7. UPSI – Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan Islam)
8. UUM – Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam
9. UniSZA – Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)
10. UMK – Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam)
Huda boleh katakan, melanjutkan pelajaran dalam Program Diploma Kewangan Islam adalah keputusan bijak untuk masa depan yang lebih terjamin!
Tak minat bidang kewangan islam?
Jangan risau, di INTEC banyak lagi peluang dalam pelbagai bidang pelajaran antaranya :-
1) Diploma in Business Management
2) Diploma in Public Management and Governance
3) Diploma in Scientific Halal Practices
4) Diploma in Accounting
Dan pelbagai lagi peluang menarik , boleh layari https://intec.edu.my/

Kelebihan Melanjutkan Pelajaran Program Diploma di INTEC
- Program Diploma termasuk latihan industri untuk meningkatkan peluang pekerjaan
- Peluang Pekerjaan lebih cerah sejajar dengan trend terkini dan keperluan industri
- Boleh transfer credit untuk tujuan melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda
- Peluang melanjutkan pelajaran di Universiti yang diiktiraf dan terkemuka
Maka untuk anda yang baru habis SPM, atau ada kenalan anda yang masih mencari tempat terbaik untuk melanjutkan pelajaran boleh merebut peluang keemasan melanjutkan pelajaran di INTEC. Sesi kemasukan pada bulan Mei, Julai dan September.Maklumat lanjut boleh hubungi contact details
berikut :-
INTEC Education College
Jalan Senangin Satu 17/2A,
Seksyen 17, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
• Phone (General): +603 8063 7000
• Marketing: +603 8063 7076
Marketing and Student Admission Department: +603 8603 7075
Email: marketing admission@intec.edu.my
0 Comments