Bufet Ramadan 1444/2023 Nostalgia Ramadan Bersama Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) Shah Alam


Bufet Ramadan 1444/2023 Nostalgia Ramadan Bersama Mardhiyyah Hotel & Suites (Mhs) Shah Alam |
 Hye pembaca blog huda semua. InshaAllah kita semua bakal menyambut Ramadan bulan depan. So huda nak berkongsi dengan korang tentang Bufet Ramadan 1444/2023 Nostalgia Ramadan Bersama Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam yang menyajikan pelbagai juadah berbuka hidangan tradisional masa silam dan juga pakej menarik untuk Ramadan kali ini!



Konsep Nostalgia Ramadan - Lebih 100 Menu di Bufet Ramadan,  Mardhiyyah Hotel & Suites



Konsep Nostalgia Ramadan diserlahkan dengan menu pilihan tradisi Melayu yang mengimbau kembali kenangan berbuka puasa bersama keluarga dan sanak saudara. Tetamu bakal dihidangkan dengan lebih 100 menu di sajian bufet Ramadan yang menyelerakan dan antara hidangan utama tempatan seperti Gulai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nenas, Rendang Kambing and Daging Hitam Manis.


Selain daripada itu , Restoran Royale Songket membawakan pelbagai stesen seperti Salad & Kerabu Warisan, Salai & Panggang, stesen Satay, Kawah-Kawah, Belanga Panas, Selera Sakura, Nasi Kandar, Baazar Hot Selling, Bazaar Minuman and ruangan pemanis mulut. 




Untuk menambah kepelbagai makanan warisan, stesen Kawah-Kawah pasti menjadi pilihan seterusnya! Variasi gulai seperti Gulai Kawah Daging Bersama Umbut Kelapa, Gulai Kawah Lemak Cili Padi Itik Bersama Rebung, Gulai Kawah Asam Pedas Ikan Bersama Terung. 




Pengunjung juga boleh menikmati menu Bazaar kegemaran semua seperti Roti John, Briyani Ayam, Pratha, Murtabak Ayam, Satay Ayam dan Satay Daging. Akhir sekali, kami mempersembahkan variasi pemanis mulut; Ais Kacang, Bubur Pulut Hitam, Sago Gula Melaka, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Green Tea Cake, Kuih Seri Muka, Kuih Koley Kacang, Kuih Talam Pandan, Bread & Butter Pudding, Chocolate Fountain with Fruits Stewer yang pasti akan melengkapkan pengalaman bufet iftar. 






Pakej di Mardhiyyah Hotel & Suites Sempena Ramadan





  • Bagi mereka yang berniat untuk merancang iftar secara private group, MHS juga menyediakan Private Function bermula pada 23 Mac 2023 hingga 20 April 2023 dengan harga RM 128.00 seorang. 
  • Pakej Full-Day Meeting (24 Mac 2023 – 20 April 2023) Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa RM 190.00 (minima 20 orang)
  • Pakej Half-Day Meeting (24 Mac 2023 – 20 April 2023) Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa RM 175.00 (minima 20 orang)


Selain itu Mardhiyyah Hotel & Suites turut menawarkan Ramadan Staycation (23 Mac 2023 – 21 April 2023) Bilik Deluxe dengan Sahur RM 270.00 (satu malam) . Korang juga boleh nikmati diskaun 10% Bufet Ramadan di Royale Songket untuk dewasa sahaja (24 Mac 2023 – 20 April 2023)

Bagi mengisi keberkatan malam Ramadan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau Al-Latifah di Aras 4. Tetamu yang menginap di hotel turut berpeluang bersahur serta menunaikan solat subuh secara berjemaah. 

Harga Bufet Nostalgia Ramadan 



Promosi Early Bird 
Promosi Tempahan awal (Early Bird) (11 Januari 2023 – 19 Mac 2023)
RM 125.00 dewasa sahaja. 

Buffet Ramadan di Royale Songket Restoren
Bermula  2 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (24 Mac 2023 – 20 April 2023)
  • RM 155.00 Dewasa
  • RM 120.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
  • RM 100.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Sabtu, Ahad & Cuti Am
RM 222.00 (1 Dewasa & 1 Kanak-Kanak)
 

Berbuka dengan Chinese Cuisine di Restoran Cina Tung Yuen
Selain Royale Songket, Restoran Cina Tung Yuen juga merupakan lokasi lain di sini untuk pengunjung berbuka puasa. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 125.00 untuk dewasa, RM 105.00 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM 85.00 kanak-kanak.

Berbuka Cara Santai di Borak Borak Cafe & Lounge
Borak Borak Cafe & Lounge turut menjadi lokasi berbuka puasa dengan mengetengahkan set Timur Tengah. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 90.00 untuk dewasa dan RM 65.00 untuk kanak-kanak. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi
  •  019-273 6801, 019-263 9801, 019-275 7801, 019- 261 6847 
  •  e-mel sales@mardhiyyahhotel.com. 






Post a Comment

0 Comments