Pengalaman Mengundi di PRU 15 | Pengalaman yang sangat jarang-jarang berlaku, haruslah di simpan rapi dalam blog. Actually ini kali pertama huda keluar mengundi. Sebelum ni ada sahaja alasan tak nak pergi. Tapi kali ni huda semangat nak pergi demi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia tercinta.
Sebelum pukul 8 dah sampai pusat pengundian. Rezeki, pusat mengundi hanya walking distance jer dari rumah. Lepas breakfast terus pergi jalan kaki dengan encik suami.
A day before, study dulu step-step mengundi, supaya takde lah blur nanti kan..
Alhamdulilah, gigih datang awal, huda jadi orang ke 10 mengundi, okay lah tak payah beratur panjang dan tunggu lama sangat. Sebelum pukul 8.20 dah settel dan balik rumah. Kesian bila adik ipar cerita dia beratur hampir 3 jam pada sesi petang. Rezeki masing-masingkan... Ada tu tak payah beratur langsung, sampai takde feel mengundi katanya..
Sempat juga buat reel PRU 15 untuk kenangan..
Apa pun keputusan , kita doakan pemimpin Malaysia yang baru dapat melaksanakan amanah diberi dengan baik. InshAllah.
0 Comments