Kejohanan Golf Amal 2022 di Tropicana Golf and Country Resort Anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia untuk mengumpul dana bagi program 'Kembali ke Sekolah'.






Pada 22 September 2022 yang lalu , telah berlangsung Kejohanan Golf Amal 2022 di Tropicana Golf and Country Resort Anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia untuk mengumpul dana bagi program 'Kembali ke Sekolah'

RM500,000 Berjaya di Kumpul Di Kejohanan Golf Amal 2022



Kejohanan Golf Amal ini telah berjaya mengumpul hampir RM500,000 dimana ia merupakan jumlah tertinggi pernah dikumpul sejak kejohanan golf bermula.

Dana yang dikumpul akan menjadi sebahagian daripada keperluan sekolah bernilai RM1.5 juta untuk diagihkan kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga B40 dan kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.



Kejohanan golf tahunan, yang kini dalam edisi ke-29, memberi tumpuan kepada mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka yang memerlukan. RMHC Malaysia berhasrat untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, sejajar dengan teras teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia) merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia :-

“Kami berharap pengagihan pek sekolah itu dapat meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak, ketika permulaan tahun persekolahan baharu bermula. Kanak-kanak ini layak memulakan tahun persekolahan baharu dengan kegembiraan, keterujaan, dan motivasi,”

“RMHC Malaysia percaya bahawa pendidikan adalah hak asasi setiap kanak-kanak. Dengan bantuan kewangan dalam bentuk pek sekolah ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian kepada pendidikan dan terus mengasah kreativiti dan pengetahuan mereka, untuk mencapai potensi sepenuhnya,” .


Program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memberi impak positif kepada kehidupan lebih 100,000 kanak-kanak di seluruh negara.

Sehingga tahun lepas, hampir RM10 juta telah dikumpul untuk program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memberi impak positif kepada kehidupan lebih 100,000 kanak-kanak di seluruh negara.


Tahniah McDonalds Malaysia berjaya menganjurkan acara yang berprestij ini. Terima kasih kepada semua penaja antaranya Adidas, Havi Logistics, Tyson dan lain-lain.

RMHC Malaysia Menyediakan Geran Perubatan Kepada 4 Tabung Kebajikan Hospital Terpilih




Pada majlis tahun ini lebih istimewa dengan penyampaian geran perubatan kepada empat tabung kebajikan di hospital terpilih iaitu :-

  • Yayasan Institut Jantung Negara (IJN),
  • Hospital Tabung Pesakit Universiti Sains Malaysia (HUSM),
  • Hospital Tabung Pesakit Tunku Azizah (HTA)
  • Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM.

Geran ini akan diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 1 hingga 18 tahun, yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan perubatan, atau untuk membeli peralatan perubatan atau ubat-ubatan.

“Kehidupan setiap kanak-kanak adalah penting dan RMHC Malaysia berusaha untuk membantu seramai mungkin keluarga yang kurang bernasib baik dalam meningkatkan kesihatan anak-anak mereka. Kami berharap dana itu dapat meringankan beban kewangan keluarga di samping memenuhi keperluan perubatan mereka,” kata Dato’ Azmir.


RMHC Malaysia telah menyediakan geran perubatan kepada dana kebajikan kanak-kanak sejak 2018, berjumlah kira-kira RM470,000 setakat ini.




Tentang RMHC Malaysia


RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan untung dengan misi untuk mencipta, mencari dan menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC Malaysia mengendalikan empat program utama dalam menyokong teras teras mereka iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Hadiah Senyuman dan program 'Kembali ke Sekolah'. Dalam tempoh 32 tahun yang lalu, RMHC telah memberi kesan positif kepada lebih 100,000 kehidupan kanak-kanak dalam bidang kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM40 juta.


Dana untuk program dikumpul melalui kemurahan hati penderma individu melalui kotak syiling yang terletak di Restoran McDonald's dan daripada tajaan dan sumbangan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.





Post a Comment

3 Comments

Julia Johari said…
Allah, nama hospital HTA pun ada. Sudah tentu si baby suka sbb dia salah seorang disana. Tqqq inisiatif MCD! Tq sharing huda. Sgt² terbaik kempen ni💪🥰🤲
Nadia Johari said…
Tahniah RMHC Malaysia anjurkan kejohanan golf amal ni. Inisiatif bagus kutip dana untuk program kembali ke sekolah
Anonymous said…
Tahniah n torbaikkk RMHC