Advertisement

Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Sejuk!


Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Sejuk! 
|  Hye semua! Lately ramai betul orang demam, yang besar yang kecik semua pakat-pakat demam! Dah makan ubat pun demam tak kebah lagi.. Huda baru tahu satu fakta medik yang menarik untuk dikongsikan dengan korang semua tentang ubat demam. Nak tahu ? Jom baca artikel ni sampai habis ya!


Actually info ni huda jumpa di twitter Dr Luqman  dan sebab beliau kata mohon sebarkan, huda pun nak share lah dengan korang semua pembaca blog ceritahuda.com. 


Kenapa Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Sejuk? 


Ubat demam tu asalnya masa dibotolkan kat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada jugak yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat tu pulak dah dicampur siap-siap preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat tu.

Cuma masa kita bukak penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab tu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama sebab udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat.

Lagi satu kesilapan kita biasanya kita pergi letak pulak ubat demam tadi tu simpan berbulan-bulan lama kat dalam peti sejuk. Padahal suhu yang rendah dalam peti sejuk tu akan buatkan proses kondensasi berlaku kat dalam botol ubat tu.


Kalau tak percaya, nanti bukaklah bahagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul kat situ. Wap air tu tak ada bahan pengawet. Bakteria dan kuman senang sangat nak membiak bila wap air tu bercampur dengan ubat.

Elok-elok kita ingat ubat demam tu tahan lama kat dalam peti sejuk, rupa-rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak sampai rosakkan ubat. Lepas tu kita jugaklah yang duk suap ubat rosak tu kat anak dan pening kepala sebab demam si kecil tu tak kebah-kebah.

Jadi nasihat saya, ubat demam kat rumah kita tu nanti letak je kat tempat kering pada suhu bilik. Paling bagus tak payah simpan lagi dah bila anak dah sihat.


Tolong #sebarkan ilmu yang sangat penting ni pada mak ayah yang lain jugak. Kesian sangat kat anak-anak yang terpaksa menanggung demam panas sebab mak ayah dia tersilap berikan ubat demam yang dah rosak.


Kredit : Twitter Dr Luqman







Post a Comment

0 Comments