Pengalaman Pertama Kali Tengok Penguin di Underwater World Langkawi


Pengalaman Pertama Kali Tengok Penguin di Underwater World Langkawi |
Hye korang, jumpa lagi! Jom nak sambung travelog Langkawi. Kali ni nak share cerita kami sekeluarga excited tengok penguin for the first time. Kat Malaysia ni ada few tempat jer ada penguin. yerlah haiwan ni duduk di iklim sejuk. Tak silap huda selain di Underwater world Langkawi, korang juga boleh tengok di zoo negara.  


Pengalaman Pertama Kali Tengok Penguin di Underwater World Langkawi

Lokasi Underwater World Langkawi

Underwaterworld Langkawi ini terletak di Pantai Cenang. So dalam itinerary huda atur pergi ke sini masa kami stay di Pantai Cenang. So sangat dekat dengan beach resort yang kami stay.
 

Underwater World Langkawi
Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

Harga Tiket Underwater World Langkawi



Ini harga walk in. 

Tapi seperti biasa, huda memang akan  pilih option yang paling jimat iaitu beli di Shopee. Total yang huda spend untuk masuk ke Underwater world untuk 2 dewasa ( RM28.50 x2)  dan 2 kanak-kanak( RM22.80 x2) adalah RM 102.60 

Korang boleh beli dengan Seller Shopee ESN Travel. Sangat pantas dia respon. huda beli tiket 2 jam sebelum pergi ke sini.   

Feeding Session Schedule

Sangat penting untuk check feeding schedule, baru lah visit ke Underwater World lebih exciting! 



Huda dan family masuk underwater world pukul 2pm , so sempat lah tengok show dan feeding session. 

The Magni-fur-cent Fur Seal Duo Show. 

Best tengok show ni.. hebat boleh communicate dengan seal. 

Penguin Feeding Time. Lama jugak kami stay tengok penguin ni, Cute sangat. Ada seekor tu PKU ( Penguin Kurang Upaya) sebab lahir hanya ada satu sayap sahaja. Sian dia.. rebut-rebut makanan.. 



Feeding Session di Tunnel Tank. Arif kata.. mama tengok ni, ikan tu makan ikan.. hehe.. 

Peluang Jumpa SisikMan - Special Show Sempena Cuti Long Weekend


Ini lah dia seasikman. Macam Aquaman tak? hehe... 


Berbaloi ke bawa anak-anak masuk Underwater World Langkawi?


Bagi huda sangat berbaloi sebab dapat bagi anak-anak tengok penguin untuk pertama kali dalam hidup. Kemudian banyak sangat hidupan laut yang unik. Memang puas hati berjalan dalam Underwater World.
Nak repeat? InshaAllah. Ada rezeki lebih dan peluang pasti kami akan singgah sini lagi. Anak-anak enjoy sangat!





Sebelum pergi tu korang check dah dulu laman facebook ni , mana tahu ada masa diorang tutup atau nak tahu bila ada special show. Biasa special show ada time long weekend atau perayaan. https://www.facebook.com/underwaterworldlangkawi

Sekian sharing pagi ni. Thanks sudi singgah! 

P/s. Exit dari Waterworld terus menuju ke kedai choclate, so memang korang sediakan budget awal-awal kalau nak shopping choclate dan makanan duty free. 









Post a Comment

0 Comments