Advertisement

Buka Puasa Ramadan Buffet " Poh Paleh Wey " di AnCasa Royale Pekan Pahang



Sebelum ni huda berkongsi pengalaman Staycation di AnCasa Royale Pekan Pahang. Entry hari ni, huda nak kongsi rasa dengan korang semua , berbuka puasa dengan Ramadan Buffet - Poh Paleh Wey!! di AnCasa Royale Pekan Pahang. 

Buka Puasa Ramadan Buffet " Poh Paleh Wey " di AnCasa Royale Pekan Pahang 


Korang tahu tak apa maksud 'Poh Paleh Wey' ? Huda ada tanya kawan yang memang orang Pekan dia translate ; ' Amboi Hebatnya! ' 

Nak tahu betul ke hebat, sampai penuh meja kami makan berbuka di sini.hehe.. 



Kaunter pertama yang huda terjah bila buffet Ramadan adalah ruangan desert. Huda berpeluang borak dengan Chef pastry di sini. Bukan calang-calang tau Chef di sini berpengalaman lebih 30 tahun. Semua pastry di sini air tangan beliau memang sedap menjilat jari orang kata! No wonder ramai suka makan pastry dan desert di sini. 

Susunan desert buat huda rambang mata nak pilih mana satu. Semua nampak sedap!



Selain pastry dan kuih moden, kuih tradisi juga ada di sini macam kuih lapis, kuih puteri mandi dan juga bubur kacang. Ada juga chef live masak churros. haish, dah la peminat churos, maka memang laju jer la huda amik Chuross panas-panas yang baru masak dan letak topping choclate. Fuh, telan air liur jer ni terbayang-bayang... 


Ketika huda berbuka di sini ada pilihan nasi putih atau nasi beriyani. Serius cakap sebab terpikat dengan warna nasi beriyani dan juga burung puyuh goreng tu, terambil sepinggan bersama gulai kambing. Lepas tu menyesal, sebab lauk untuk di makan bersama nasi putih lagi menggoda macam sambal tempe, paru goreng, dan ikan patin tempoyak 


Di ruang luar ada kaunter BBQ. Ada kerang dan ikan bakar. Ni pun sedap! 



Tak lengkap kalau makan di Buffet Ramadan kalau huda tak makan kerabu. di sini ada kerabu kaki ayam, Kerabu Daging Pedas Berserai, Kerabu Kerang Dinihari  dan Kerabu Kasih. 

Selain itu appetizer dengan goreng-goreng pun sedap macam kuih popia, samosa , udang dan sotong celup tepung. kaunter ni paling laju habis.


Antara kaunter di bahagian luar. Chef masak live semua, jadi kita makin teruja nak makan, betul tak? Kambing Golek, Murtabak AnCasa dan Roti John memang sedap dan wajib try tau kalau ke sini. 



Lepas habis makan main course dan semua makanan lain. rasa nak basahkan tekak. Ada pilihan rojak buah , ABC dan juga laici kang. Pilihan huda pastinya semangkuk Laici kang. Thank you chef cantik tolong buatkan semangkuk untuk huda. 


Untuk anak-anak, ada kaunter aiskrim kon. memang ni lah mereka serbu lepas makan nasi. 


Antara pilihan air di sini, huda paling suka air bandung. Sedap! Air panas, macam kopi, teh dan teh tarik pun ada . Tapi tu lah dah terbiasa berbuka air sejuk.
 Sepanjang berbuka di sini, kami dihiburkan dengan persembahan oleh artis jemputan. 

Harga pakej berbuka puasa di AnCasa Royale Pekan Pahang 




  • RM98 - Dewasa
  • RM58 - Kanak-kanak ( 6-12 tahun )
  • RM58 - Warga emas ( 60 tahun ke atas )

Selain dari Buffet Ramadan, di sini juga tawarkan Buffet Bersahur 



Korang boleh hubungi terus di 018 - 916 1462 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan. 

Facebook : Ancasa Royale Pekan, Pahang
Website : www.ancasahotels.com



Post a Comment

0 Comments