Hujung minggu lepas huda dan keluarga luangkan masa hujung minggu dengan staycation di AnCasa Royale Pekan Pahang. Dah lama teringin nak stay di sini lepas baca good review di Google.
Huda sampai agak awal dalam pukul 1. Alhamdulillah proses check in pun mudah dan laju. Staff di frontdesk pun sangat mesra. Jom huda kongsi pengalaman huda sepanjang 3 hari 2 malam staycation di AnCasa Royale Pekan Pahang.
Tentang AnCasa Royale Pekan Pahang
AnCasa Royale Pekan Pahang ni adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang dalam rangkaian hotel AnCasa di bawah naungan syarikat UDA Holding. Selain di Pekan Pahang, ada AnCasa Port Dickson, AnCasa Kuala Lumpur dan juga Kuala Terengganu Golf Resort. Ada rezeki nanti huda teringin nak singgah di ke semua rangkaian hotel ini.
Keunikan dan Keistimewaan AnCasa Royale Pekan Pahang
Bagi huda lokasinya agak strategik juga sebab berhampiran dengan pelbagai tempat menarik di bandar Pekan. Hotel ini juga selalu jadi hotel persinggahan bagi mereka yang travel ke pantai timur dari selatan. Macam huda sendiri, kalau balik kampung Johor dari Terengganu, selalu akan bermalam sekitar Kuantan atau Pekan. Penat juga straight jer jalan 8 jam di atas jalan raya. So tidak hairanlah, time cuti memang ramai orang check in di sini.
Saat huda melangkah ke ruang lobi AnCasa Royale Pekan Pahang ni pun dah terasa "WOW" .
Pelbagai alatan muzik tradisional di sini. Arif kata, saya pernah nampak alat muzik ni ketika dia konvo dulu.
Pelbagai alatan muzik tradisional di sini. Arif kata, saya pernah nampak alat muzik ni ketika dia konvo dulu.
Naik pula ke tingkat dua terdapat Galeri Tun Abdul Razak. Bagus ni bawa anak ke sini , boleh mereka belajar sejarah Malaysia sambil bercuti ke sini.
Staycation di AnCasa Royale Pekan Pahang
Lihat wajah keriangan kami yang sangat teruja dapat staycation ke sini. Alhamdullilah, kami sekeluarga sangat selesa sepanjang 3 hari 2 malam di sini.
Bilik Deluxe Premier
Tilam dan bantal yang empuk. Ada juga meja kerja sangat sesuai untuk kami yang selalu work from hotel setiap kali holiday.
Dalam bilik pun ada sofa yang selesa, boleh lepak sambil layan view.
Ini view dari bilik kami, nampak swimming pool, jambatan dan sungai .
Kemudahan yang terdapat di dalam bilik :-
- Safe Deposit
- IDD Telephone
- Air conditioning
- Hairdryer
- Bathrobe
- Mini Fridge
- Working Desk
- Ironing facilities
- Free toiletries
- Slippers
- Satellite channels
- Carpeted
- Wake-up service
- Alarm clock
- Wardrobe or closet
- Coffee & tea Facilities
- Wifi
Ruang bilik di Premier Suite yang luas. Suite ni sahaja 326 meter persegi. Saat huda melangkah ke setiap sudut suite ni sangat kagum ada bilik sehebat ini di AnCasa Royale Pekan Pahang.
Kemudahan lain di AnCasa Royale Pekan Pahang
Gymnasium
Swimming pool yang luas dan dalam sampai 5 meter tau!
Huda dan keluarga tak berkesempatan nak mandi manda sepanjang staycation kami. Maklumlah time bulan Puasa, risau terbatal pula puasa. InshaAllah next time akan repeat stay ke sini lagi!
Kesimpulan kami sangat berpuas hati memilih AnCasa Royale Pekan Pahang sebagai destinasi Ramadan Staycation tahun ni.
Kesimpulan kami sangat berpuas hati memilih AnCasa Royale Pekan Pahang sebagai destinasi Ramadan Staycation tahun ni.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini boleh rujuk di :-
0 Comments