Laman Mahinun - Homestay Cantik di Pekan Lengkap dengan Private Pool


Laman Mahinun - Homestay Cantik di Pekan Lengkap dengan Private Pool 
 | Hujung minggu lalu, sempena cuti sekolah,  huda pun bawa family holiday ke Pekan , Pahang. Dah lama dah aim nak ke Pekan, Pahang ni sebab banyak juga tarikan menarik di sini, nanti huda share lebih lanjut dalam post ni.  Huda cukup tertarik dengan  Homestay Menarik di Pekan - Laman Mahinun yang lengkap dengan private pool dan macam-macam kemudahan yang memang 5 stars! Nak tahu apa istimewanya homestay ni ? Jom baca pengalaman huda menginap di sini. 

Laman Mahinun - Homestay Cantik di Pekan Lengkap dengan Private Pool 



Lokasi Laman Mahinun
Lokasi : Taman Spekan Jaya Pekan Pahang.
 Waze Laman mahinun.
 


Sampai jer  Laman Mahinun, masuk ruang parking dah nampak design modern. I like! Jom ikut huda masuk homestay ni secara virtual.




Tentang Laman Mahinun

Laman Mahinun bukan homestay biasa-biasa tau. Sebab rekaan dalaman dan luaran dari Tenang Tenang ID  dan juga perabot kayu dari kayu cengal Jengka . Jom close up satu-satu kemudahan yang tersedia di Laman Mahinun

1) Homestay 3 bilik dan 2 bilik air 



Total katil - 3 katil besar dan 2 katil single.12 biji bantal




2) Private Pool 
Kolam dari seal pool builder Kuantan.


Private pool siap dengan life jaket kanak kanak dan pelampong.

Cantik kan pool di sini bila waktu malam.. warna warni pool yer.. 

3) Ruang Tamu yang cantik dan selesa. 





4) Dapur yang Lengkap


Dapur lengkap dengan kabinet, set meja makan dan coway. Untuk coffee lover, kat sini pun ada coffee machine tau. Serius, best giler kot homestay ni..




5) Kemudahan BBQ 

Wet kitchen untuk BBQ , free jer guna barang2 untuk BBQ. Ada port nak lepak-lepak dengan family santai-santai sambil ber BBQ, memang syok habis. 




6) Complimentary Bahan Masak 

Basic food macam maggi, beras, telur, gula garam,tea dan kopi serta ikan bilis disediakan. dalam IG Laman Mahinun, siap ada guest baking kek lagi. Fuh, memang tip top betul kemudahan di homestay ni.  Masa huda datang sini, ada complimentary samosa ni dalam peti, sampai homestay terus goreng , makan panas-panas lepas main pool. Memang rasa eksklusif dan layanan 5 star stay di sini. Tak pernah lagi huda menginap mana-mana homestay dalam Malaysia ni ada servis terbaik macam Laman Mahinun.



7) Ada Wifi & Smart TV dengan Netflix



Berapa Ramai Boleh Check In dalam Satu Masa di Laman Mahinun ? 

Tidak lebih 12 pax pada satu satu masa. Jika lebih akan dikenakan RM10 untuk 1 pax @ tolak deposit.

Parking berbumbung muat 2 biji kereta. Lebih 3 biji kereta akan ditolak depo owner homestay jaga sensitiviti jiran.

Dengan kemudahan yang tersedia di homestay Laman Mahinun ni, korang agak-agak berapa harganya? Jangan terkejut tau, sebab harganya sangat lah berbaloi. 

  • RM 450 WEEKEND ( jumaat,sabtu,ahad,public holiday)
  • RM 400 WEKDAYS

Nak jimat lagi? Booking 3 hari 2 malam, boleh jimat RM 100. Serius sangat-sangat berbaloi! 

Nak kongsi juga lokasi menarik dan juga tempat makan menarik ketika percutian di Laman Mahinun. 

Tempat Makan Menarik
  1. Warung Cili Padi Serandu 
  2. Restoren Sumpit-Sumpit
  3. Nasi Kukus My Mama
  4. Restoren Warisan
  5. Gerai Makina
  6. Murtabak Mengkasar 
  7. Secret Recipe

Tempat Menarik 
  1. Premium Lanes 
  2. Taman Tasik Sultan Abu Bakar
  3. Muzium Pekan
  4. Riverfront
  5. Bendang Sawah 

Pasaraya pun dekat, ada pasaraya Fresh Choice, Pasaraya Pantai Selamat . 



Ruang Luar Laman Mahinun yang sesuai dijadikan port OOTD. 


Follow Laman Mahinun untuk maklumat lanjut :- 
FB Page : Laman Mahinun

Post a Comment

15 Comments

Nina Mirza said…
Cantiknya homestay ni 💞
Nak book laaa sehari dua relax kat sini
Julia Johari said…
Suka tgk suasananya,private pool dan ada brg makanan stok lg di sediakan. Eh best banyak ni huda, boleh spent time seronok2 mcm kat rumah kan.
Rawlins GLAM said…
Eh. Meriah betul bilik dan kelengkapannya. Siap sediakan bahan basah untuk memasak tu. Harga pun berbaloi tu.
Airis said…
Bestnya, saya pun baru balik dari Kuantan ikut Pekan nih. Memang banyak tempat menarik sini.
Fadima Mooneira said…
Yeah, this homestay looks so beautiful. Really love the private pool. Thank you for sharing your experience, Huda.

Bella Jamal said…
Wah lawa sungguh homestay ni. cukup lengkap semua siap ada pool. boleh dikatanakn mewah dah ni.
Sunshine Kelly said…
Wah best nyer! i like the private pool and garden, can have family gathering kat sana.
Bae Roslan said…
cantik nauuu homestay ni, suka sangat homestay yang ada private pool, tak risau bab aurat...thanks share
Kitkat Nelfei said…
Homestay yang sangat sesuai for a group of friends or family kan.. next time pergi sana boleh book staycation kat sini terus... menarik... siap ada swimming pool lagi...
Wah siap ada kolam lagi ni. Kena jalan jalan kat sana gak la blh singgah tggal kat sini. Macam best jer ni.
Sue Izza said…
cantiknyaaa harga pun berbaloi sgt tu ,nak plan gathering family la....
nice sangat homestay ni.. esp utk org ada keluarga ramai mmg sangat sesuai sangat... nanti kalau ke sini boleh bookin
Tekkaus said…
Indeed this is a great place for a staycation complete with very own private pool. Would love to stay in this awesome place one day.
Nadia Johari said…
Runag besar. Best swimming pool siap tukar2 lampu
Anonymous said…
wah bagusnya siap ada bagi bahan asas masak lagi. murah rezeki owner dia berkongsi rezeki dalaman pun cantik rumahnya!