Pengalaman Lepas Sertai Mak Mak Gaya Moden - Hidup Lebih Teratur dan Bahagia


Pengalaman Lepas Sertai Mak Mak Gaya Moden - Hidup Lebih Teratur dan Bahagia
| Dalam hidup seorang wanita bergelar Mama, Ibu, Mak , Bonda tugasan kita memang tiada noktahnya dari bangun pagi sampai lah nak tidur. Stress dan penat tu pasti. Bila stress dan kepenatan kita mula lontarkan emosi negatif pada pasangan dan anak-anak. Lepas tu menyesal. Sedih kan hidup macam ni? Nak tak ubah hidup jadi Mak Gaya Moden yang serba serbi jauh lebih baik dari sebelumnya??? Kalau nak tahu jom la baca pengalaman Huda lepas sertai Modul Mak-Mak Gaya Moden yang di asaskan oleh Zuera Burn. 

Pengalaman Lepas Sertai Mak Mak Gaya Moden - Hidup Lebih Teratur dan Bahagia



Apa tu Program Mak-Mak Gaya Moden ( MMGM )

Mak-Mak Gaya Moden ( MMGM) merupakan program yang di asaskan oleh seorang ibu yang sangat berdedikasi , bukan sekadar mendidik anak bangsa di sekolah malah berkongsi ilmu pengurusan diri dan rumah tangga kepada umum, khasnya kaum ibu. Siapa pengasas MMGM? Ini lah one and only, idola huda... Zuera Burn. 


Huda kenal sejak berbisnes Shaklee, 9 tahun lepas lagi. Beliau memang seorang yang sangat komited. Tak hairan lah, kehidupan beliau sangat teratur dan semua benda buat pasti menjadi!  
Perkongsian tips pengurusan dapur pernah di siarkan di dalam artikel majalah terkenal Pa&Ma . Boleh baca di SINI


Program MMGM , design special untuk korang yer.. Yer untuk korang yang bergelar wanita tulen sahaja yer, dan bergelut nak uruskan rumah tangga di era yang sangat mencabar.  Dalam MMGM kita boleh belajar bagaimana untuk mengurus rumah tangga, masa, emosi dan segalanya dengan lebih sistematik dan efisien. Best kan??? 

Program ini akan dijalankan di dalam group di Facebook.  Tiada nota bertulis berbentuk buku dipos atau disediakan, semuanya berbentuk posting di dalam group di facebook. Jadi korang nak join pastikan ada akaun facebook sendiri. tak boleh sharing dengan orang lain yer.. 




Antara modul dan tajuk dalam MMGM adalah :- 

Ia merangkumi perkara berikut:

1. Pengurusan masa

2. Pengurusan diri

3. Pengurusan emosi

4. Pengurusan dapur

5. Pengurusan kain baju

6. Pengurusan suami

7. Pengurusan anak-anak

Ada extra tips juga tentang:

8. Pengurusan barang-barang di dalam rumah

9. Pengurusan semasa berpantang dan menyusu

10. Dan banyak lagi semuanya tentang pengurusan rumah tangga

Seronok yer ilmu dalam MMGM ni boleh di akses pada bila-bila masa, dan sampai bila-bila. Tiada limit masa. Jadi sangat berbaloi tau join! 
Tambahan pula, InsyaAllah korang juga akan berada dalam circle yang sangat positif di mana ahlinya sangat supportive antara satu sama lain. 

Betul ke MMGM ni betul-betul dapat bantu hidup kita berubah ?

Sebelum huda share pengalaman sendiri, nak share dulu pengalaman mak-mak yang sudah rasai perubahan hidup mereka.  Untuk pengetahuan korang, MMGM ni dah ada 2.6k member tau. Macam-macam cerita dan pengalaman yang boleh menjadi "racun" untuk korang join juga MMGM ni...

1) Jimat Masa 
Tengok ni, non muslim pun percaya pada Modul MMGM dan pratikkan ilmu pengurusan dapur dengan sediakan pes masakan untuk menjimatkan masa memasak di dapur 

2)  Automatik Jadi Rajin!

3) Resepi masakan MMGM terbukti sedap! 


4) Hidup lebih sistematik lepas join MMGM

5)  Pengurusan Masa dan emosi yang terbukti berkesan lepas join MMGM




Pengalaman Huda lepas sertai MMGM


Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat. Berkat ilmu yang ikhlas yang di kongsikan oleh kak Zuera, dan komitmen melakukan tugasan , banyak perubahan yang huda dah alami. 

Pertama adalah segi pengurusan masa yang berkait rapat dengan emosi seorang ibu yang agak sibuk dengan tugasan suri rumah dan kerja. Bila bijak uruskan masa, automatik kita jadi positif dan bahagia. 

Mulakan simple step dengan buat to do list, dan semuanya terasa mudah, teratur dan sistematik. Secara automatik dapat menjalankan apa jua tanggungjawab sama ada sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja dengan efisyen. Serius best sangat perasaan ni. 

Kadang-kadang certain ilmu, kita tahu, namun sebab takde support kita jadi liat sangat nak buat. Maka dengan adanya group support MMGM, kita akan lebih bermotivasi tengok rakan-rakan dalam MMGM siapkan tugasan yang diberi. 




Perkara yang huda rasa cukup beri impak lepas join MMGM ni adalah huda jadi rajin masak. Huda sebenarnya kurang gemar masak, senang cerita malas! haha... Masak kan amik masa lama, pastu sakit kaki diri lama kat dapur, part mengemas lagi... Namun, lepas manfaatkan ilmu penyediaan pelbagai pes masakan MMGM. Fuh, hari tu balik shopping dah lewat. suami kata tapau makanan jer la kat luar. Namun huda pilih nak masak jer. nampak juga lah muka suami cam pelik.. sejak bila bini aku ni rajin masak, biasa balik shopping memang nak goyang kaki jer depan TV. Kagum juga dengan diri sendiri. 
Tambahan pula huda dah ada Thermomix. Haruslah semangat sangat nak memasak! 
P/s :  Nak beli thermomix boleh contact huda yer, I am your trusted Thermomix Advisor

Bagaimana nak sertai MMGM ?

Mudah sahaja nak daftar. Korang boleh klik link di bawah 

Jom join hari ni jugak tau! Sebab lepas ni yuran MMGM bakal naik.. cepat2! 



Post a Comment

6 Comments

wow.. macam2 ada ye aktiviti dorg.. bagus lah utk surirumah..
Nadia Johari said…
Wow baru tau pasl group ni..menarik..boleh beljr banyak benda
Aisya Ismail said…
Untuk mak mak je ke atau belum jadi mak pun boleh?
admin said…
plastic container - 5 reasons why it is the best option .
bottle packaging vs jar packaging which one is better?
5 best suppliers cosmetic packaging malaysia
Frank said…
sharing their own encounters, Buy Customized Essays need to share the encounters of moms who have as of now felt the adjustment of their lives.