Jatuh Cinta Dengan CC Cream Hansaegee Nature yang Jimat Masa Nak Tampil Cantik



Jatuh Cinta Dengan CC Cream Hansaegee Nature yang Jimat Masa Nak Tampil Cantik | Produk Hansaegee Nature memang jenama kecantikan dari Korea yang huda yakin nak guna . Sebelum ni huda dah guna moisturizer Hansaegee yang best! . Hansaegee Nature sudah berada di Malaysia sejak tahun 2011, maka sudah sedekad mencipta nama di Malaysia yang dipercayai ramai wanita. Terdapat pelbagai produk di bawah jenama Hansaegee Nature di antaranya Pembersih Wajah (Cleanser Foam), Krim Pelembab (Aqua Whitening Cream) dan Krim Kawalan Warna (CC Cream). Kali ini Huda nak kongsi pengalaman personal lepas guna sebulan lebih produk Hansaegee Nature iaitu Gold Nano CC Cream.






Korang tahu tak apa fungsi CC Cream ? CC Cream atau color correction berfungsi untuk menaikkan tona kulit muka khususnya mereka yang mempunyai kulit kusam dan tidak bermaya atau tidak sekata.

Huda memang perlukan CC Cream ni sebab kulit muka yang tidak sekata dan masalah liang pori terbuka. Best sangat selepas apply Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream sebab ianya membuatkan kulit terasa halus, tidak berminyak, liang pori pon tidak ketara dan paling penting, wajah kelihatan lebih natural, dan rasa selesa dan tampil dengan penuh keyakinan di mana-mana sahaja.





Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream



☀️ Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++

☀️ Mengimbangi tona kulit secara semulajadi

☀️ Meminimumkan penampilan pori

☀️ Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer

☀️ Mencerahkan kulit

☀️ Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit

☀️ Glowing skin dan melicinkan kulit

☀️ Mengekalkan kelembapan

☀️ Melegakan masalah kulit


Selain dari kelebihan yang huda senaraikan di atas , Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ianya bebas daripada mana-mana sumber haiwan, juga tidak mengandungi paraben, sulfate dan alkohol dan sangat sesuai digunakan oleh wanita muslimah ( Wuduk Friendly ) .






Bahan Utama dan Fungsi CC Cream 


· Mineral Water
  • Membantu mengekalkan keseimbangan PH dan dapat meningkatkan keanjalan kulit.

· Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract
  • berfungsi sebagai anti bakteria, membantu dalam melegakan kerengsaan dan kulit yang bermasalah

· Nano Gold
  • Berfungsi dalam mencegah penuaan kulit serta melindungi kulit wajah daripada radiasi infrared. Mempunyai antioksidan yang tinggi.



Cara Penggunaan :

Senang sahaja cara penggunaannya. Hanya oleskan Gold Nano CC Cream dengan jari (bukan berus), kemudian sapukan ke seluruh wajah kita sehingga ia sekata. Kulit akan nampak lebih cerah, halus pada permukaan kulit (minimize pores), tidak berminyak mahupun melekit dan memberi kesan bercahaya pada kulit.





Gold Nano CC Cream ini MAGIK! Krim ni berwarna putih .Kemudian, apabila disapu krim ini akan berubah warna menjadikan tona lebih semulajadi. Tak perlu risau dengan kesan krim putih asal kerana lama-kelamaan krim tersebut akan berubah kepada warna coklat mengikut tona kulit.







Perbezaan kulit dengan CC Cream Nampak lebih glowing dan cerah.


Ini pula perbezaan , apabila menggunakan CC Cream, make up jadi lebih blend dengan kulit dan juga tahan lebih lama.



Gold Nano CC Cream ini sangat membantu, memudahkan dan melindungi kulit wajah. Tak perlu nak solek berejam depan cermin. Calit sahaja Gold Nano CC Cream ini dan sapu kan sikit lipstick kat bibir dah siap nak keluar rumah! Seronok ada Gold Nano Cream ni, jimat masa dan tenaga.


Perbezaan
Sebelum dan Selepas apply CC Cream

Nak tahu apa lagi sebab huda jatuh cinta dengan CC Cream dari Hansaegee ni ?

CC Cream ni bebas kesan capuk sama ada ketika peluh dan juga kulit berminyak!

CC Cream ni memang magik. Bila kita berpeluh dan berminyak, CC Cream akan kekal cantik dan bersih dan tidak menyebabkan kulit wajah kita bercapuk. Memang puas hati beli dan gunakan CC Cream ni semenjak sebulan yang lalu. Muka maintain cun walau seharian berada di luar

Ketika Berpeluh



Kulit Berminyak



Huda dan share banyak dah kehebatan Hansaegee Nature Gold Nano Cc Cream ini khas untuk kita wanita yang wajib jaga penampilan wajah. Sama ada berada di rumah dan juga diluar, kena maintain glowing dan berseri. Baru lah semangat nak menjalankan aktiviti dan juga bekerja dengan yakin dan selesa . Huda sangat recommend kepada korang untuk cuba sendiri Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini. Ramai kawan-kawan huda yang lain dah cuba, dan jadi pengguna setia CC Cream ni. Jom la cuba jugak, korang pasti jatuh cinta…



Website : http://www.hansaegee.com/shop

IG page : https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature

YT Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia



























4 comments:

  1. memnag best, nad sendiri pernah pkai..senang apply, spf 50, code pulak satu jenis..takyah fikir pening code apa

    ReplyDelete
  2. Kalau pakai foundation perlu CC cream lagi tak?

    ReplyDelete
  3. Ramai yang dah try CC Cream Hansaegee Nature ni pun feedback sangat bagus.

    ReplyDelete