Breakfast Date di Ziq Bakery Gong Badak Terengganu


Seminggu sebelum puasa, macam-macam lah craving yer kan..tu lah orang perempuan..makanan always number one..hehe. Hari tu craving sangat nak makan kek. Apa lagi, settle hantar anak2 sekolah dan uruskan hal rumah terus ajak suami breakfast date di Ziq Bakery, Gong Badak Terengganu. Ini kali pertama kami dine di sini. 

Melangkah masuk ke dalam Ziq Bakery Gong Badak ni, terus terpesona dengan dekorasi yang sweet dan nampak eksklusif. 


Lepas tu rambang mata nak pilih kek apa nak makan ni...


Haish, kek Victoria ni nampak cantik sangat.Terus order yang ni...

Meleret senyuman.. dapat makan kek dan minum secawan hot americano. Kek tu satu slice RM 13 dan hot americano RM 5 . 

Kemudian kami share makan menu breakfast di sini. Set ni RM 12. Okay lah, sosej besar dan sedap. Roti pun tebal dan gebu.. 


Kat sini pun banyak lah jenis roti, tart dan kek birthday.. Harga pun okay lah.. 


Lepas makan kek , macam nak cuba ni. Tapi fikir dah banyak dah kalori makan pagi ni, so lupa kan. next time yer....


Nampak roti ni teringat pada abah kat kampung. Sebab abah suka roti ni...


Best lah breakfast date kat sini! suami kata next time boleh datang lagi. Yeay! Suami belanja , of course huda on jer..hehe. 

ZIQ Bakery Gong Badak
Lot 28902-B, Gong Badak 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
FB : https://www.facebook.com/Ziq-Bakery-Cake-Gong-Badak-1392297484129407

2 comments: