Nak Berbuka Apa? Jom Makan Nasi Arab Set Dulang di Sumai Hotel



Nak Berbuka Apa? Jom Makan Nasi Arab Set Dulang di Sumai Hotel  | Kurang dari seminggu lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan. Soalan yang berlegar terutama bagi kaum ibu pastinya adalah " Nak Berbuka Apa? " Apa kata, kita sambut ramadan dengan gantung kuali dan pekena nasi arab set dulang dari Sumai Hotel, Kuala Terengganu! 


Nak Berbuka Apa? Jom Makan Nasi Arab Set Dulang di Sumai Hotel 



Huda kali kedua dah makan nasi arab dari Sumai Hotel ni. Memang sedap dan kena dengan selera, tu yang repeat. Dan pastinya bulan Ramadan nanti huda akan belanja keluarga makan nasi arab set dulang dari Suami Hotel yang sedap lagi menjilat jari! 




Menurut Chef Amin dari Sumai Hotel ;
 
" Nasi Arab di Sumai Hotel ini di masak dengan citarasa tempatan  menepati selera masyrakat setempat "


Lepas huda menjamu nasi arab dari Sumai Hotel ni memang berbeza dengan nasi arab yang lain. Memang kena dengan selera orang kita. Jadi memang terbaik untuk berbuka puasa dengan selera nanti. 

Pakej Nasi Arab Set Dulang

 
Ada pilihan ayam, lamb shoulder & lamb shank


Dalam set ni ada Nasi, Ayam bakar, Kambing bakar, Acar mentah, Sambal tomato daan  Dalca

Set Standard Vs Set Premium


SET STANDARD: Set nasi arab, beras basmathi gred premium, lamb shoulder


SET PREMIUM : set nasi Arab( nasi lebih), beras Basmathi gred premium, lamb shank

SENARAI HARGA NASI ARAB SET DULANG DI SUMAI HOTEL

NASI ARAB STANDARD

Set 4 orang

  • Nasi Arab Ayam : RM36
  • Nasi Arab Kambing : RM56
  • Nasi Arab Kambing & Ayam : RM48

Set 6 orang

  • Nasi Arab Ayam : RM54
  • Nasi Arab Kambing : RM84
  • Nasi Arab Kambing & Ayam : RM72

Set 10 orang

  • Nasi Arab Ayam : RM90
  •  Nasi Arab Kambing : RM140
  • Nasi Arab Kambing & Ayam : RM120


NASI ARAB PREMIUM

Set 4 orang

  • Nasi Arab Ayam : RM44
  • Nasi Arab Kambing : RM76
  • Nasi Arab Kambing & Ayam : RM64

Set 6 orang

  • Nasi Arab Ayam : RM66
  • Nasi Arab Kambing : RM114
  • Nasi Arab Kambing & Ayam : RM96
Set 10 orang
  •  Nasi Arab Ayam : RM110
  • Nasi Arab Kambing : RM190
  • Nasi Arab Kambing & Ayam : RM160



Bulan Ramadan nanti juga ada tambahan set nasi bukhari dari Sumai Hotel. Tu kena tunggu bulan puasa, huda share sedap ke idok nasi bukhari dia..

Tak Dapat Balik Kampung Ganu? Hadiahkan Pada Mok Ayoh Set Nasi Arab Dulang Sumai Hotel

Cabaran  nak balik kampung kan sekarang sebab PKP yang masih belum benarkan rentas negeri.. maka apa kata, berkongsi rezeki dan tambah pahala bulan Ramadan ni dengan hadiahkan kepada orang tersayang yang berada di Kuala Terengganu & daerah daerah berdekatannya.
Team Sumai Hotel  sedia menghantarkan pesanan korang tu.. 

Istimewa siap ada GIFT CARD PERCUMA!! 
menarik betullah, korang boleh hadiahkan set dulang ini kepada yang tersayang bersama gift kad yang cantik. Maka ia sangat sesuai untuk :- 
  •  Hadiah birthday
  •  Hadiah Anniversary
  •  Hadiah Perkahwinan
  •  Hadiah untuk mak ayah

Tempahan Nasi Arab boleh melalui atas talian di link whatsapp di bawah. 

Pilih cara korang nak nikmati Nasi Arab Suami dengan
  • DINE IN
  • DELIVERY
  • TAKE AWAY
  • DRIVE THRU

Tik Tok 

SUMAI HOTEL APARTMENT
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
09-631 0099

3 comments: