Advertisement

TIPS BELANGKAS - Suami Sayang dan Melekat Berdua Macam Belangkas..



Siapa yang kenal huda dan suami, kami berdua memang macam belangkas orang kata. Kemana-mana asyik berkepit berdua. Tak pernah rasa bosan asyik bersama suami ke mana - mana, rasa rindu sentiasa . Seronok hidup bila dapat suami yang sangat loving dan romantik kan? Tapi nak dapat suami yang penyayang, si isteri mesti main peranan dan bertindak dahulu. Jangan harapkan suami jadi penyayang kalau si isteri ego, sombong, pemarah, kuat berleter, asyik complain. Haish, memang suami lari tau kalau si isteri macam ni!

 
TIPS BELANGKAS - Suami Sayang dan Melekat Berdua Macam Belangkas..


#1 Cari sesuatu yang baik tentang suami dan puji suami. Tak semestinya suami kena kerja hebat, gaji besar. Cukuplah suami solat 5 waktu, jadi imam setiap kali solat jemaah. Tolong basuh pinggan. Suami yang cakap dengan baik dengan isteri dan anak-anak.  Semua kebaikan suami tu rajin-rajin la puji yer, tak payah nak sombong dengan suami. Sentiasa lihat dia hebat dan terbaik... 

Just find a good thing, and compliment him... 

#2 Tunjukkan kita percaya pada suami.  Selalu cakap ni, supaya suami hargai kepercayaan kita. Bila kita luangkan masa dengan orang kita percaya, akan rasa lebih bahagia dan bermakna. 

I trust you

#3 Tunjukkan sokongan pada suami, sentiasa doakan suami . Support dalam bentuk kata-kata dan perbuatan.  Cakap pada suami ...

Your strength gives me strength.
Cukuplah 3 tips di atas ni. Fokus dan buat setiap masa. Konfem suami akan sayang, suami akan rasa nak berkepit jer, sebab dia rasa dipercayai, dihormati dan di sayangi.  Owh ya, jadikan juga dating berdua sebagai rutin bulanan atau mingguan. Tahu kita sibuk galas tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak, namun jangan di lupa tanggungjawab kita sebagai isteri dan wanita yang harus tampil cantik di mata seorang lelaki bernama suami. 




Kredit : Tips ni adalah perkongsian Prof Muhaya di 7 am Club , 2 Mac 2021


Post a Comment

0 Comments