1 Mac 2021, hari yang di nanti telah pun tiba. Adik hakim
akhirnya dapat pakai baju sekolah kemeja putih ,berseluar biru gelap dan
berkasut hitam. Lengkap dengan tali leher. Pertama kali adik mengenakan uniform
lengkap sekolah pastinya mama nak abadikan di diari maya ini.
Memori Hari Pertama Persekolahan Adik Hakim Darjah Satu.
Sehari sebelum naik sekolah darjah 1. Tunaikan wishlist adik nak check in hotel dan mandi pool. Tengok lah muka si adik bukan main happy!
Alhamdulillah, adik bangun awal pagi. Tiada drama malas ke
sekolah. Mama dah beli jiwa dengan bawa holiday sehari sebelum naik sekolah ni
. Dah bagi semua yang dia nak. Mood
happy mudah jer dia nak dengar cakap.
Breakfast pagi, hanya minum air dan roti coklat sedikit.
Mungkin takde selera nak makan awal pagi.
Sebelum masuk kereta , minta adik posing sekejap di depan
pintu rumah.
Alhamdulillah, head to toe semua sponsor a.k.a barang review . Jimat duit tak keluar duit langsung untuk baju sekolah anak-anak tahun ni
Dalam kereta, jarak ke sekolah lebih kurang 5 km sahaja.
Macam-macam pesanan dari si abang Arif, mama dan papa. Pertama kali jejak kaki
ke sekolah, tanpa di teman oleh keluarga. Mama rasa kekok, dan serba tak kena.
Risau barangkali. Mama tunggu di gate sampai lah adik hilang dari pandangan.
Dalam hati….
Mama akan rindu adik 5 jam ni
Masa pantas berlalu. Seawal pukul 12.55 pm , papa dah get
ready keluar rumah untuk pick up adik. Kelas adik habis pukul 1.15 hari ni.
Mama tak ikut, sibuk memasak untuk lunch.
Tunggu punya tunggu.. dah pukul 1.40 pm, masih belum sampai.
Tepat 1.41 pm , terdengar deruan kereta papa di garaj. Terdengar suara adik
beri salam. Aduhai, rindu sungguh rasa dengan anak bongsu mama ni. Tanya dia
How’s school today?
Dia cakap okay jer.. Cuma dia sesat time balik, tak jumpa
papa.
Aduhai,rupanya dia tunggu di pintu gate yang salah. Papa tengok orang makin
surut kelibat adik masih belum kelihatan. Papa pun selamba masuk ke sekolah
cari adik. Dari pintu pagar depan , pusing-pusing cari anak kesayangan sorang.
Mujur jumpa juga.
Aduhai… susah juga kan kalau tak bagi parent masuk sekolah ni . Tak semua budak
alert dan tahu jalan keluar dari kelas yang baru pertama kali masuk ni, dan
menuju ke gate keluar . Sekolah adik ada gate depan, kiri dan kanan. Semua boleh
di akses. Pesan adik papa tunggu di gate belah kiri. Tapi adik keluar straight
jer dia kata. Lepas tunggu lama papa takde, dia pandai pula pusing , cari gate
lain.
Mujur dia tak nangis tunggu papa takde..
Semoga adik belajar sesuatu hari ni. Bukan sekadar belajar
di dalam kelas, malah belajar menguruskan emosi sendiri, menjadi lebih yakin
berdepan apa jua situasi.
Alhamdulillah, adik balik sekolah dengan senyuman hari ni. Sekian coretan mama
hari ni. Hope one day adik baca dan ingat moment pertama adik pergi sekolah
darjah satu hari ni…
p/s – sebak fikir anak bongsu mama dah besar….
0 Comments