Resipi Nasi Ayam Hainan Guna Presssure Cooker Primada Special Edition | Hadiah reward bulan Februari ni, huda beli Pressure Cooker Primada Special Edition yang comel berkapasiti 2.5 liter sahaja bersesuaian dengan isi rumah keluarga kecil kami. Sudah seminggu Presssure Cooker Primada Special Edition ni berkhidmat. Selain masak nasi putih, huda dah guna masak brown rice, masak kek dan terbaru hari ni huda cuba masak Nasi Ayam Hainan. Jom kita kongsi resipi mudah Nasi Ayam Hainan guna Presssure Cooker Primada Special Edition
Resipi Nasi Ayam Hainan Guna Presssure Cooker Primada Special Edition
Bahan-Bahan1) 3 Cawan Beras 2) 1 Helai daun pandan3) 1 biji bawang merah 4) 2 inci halia 5) 5 ulas bawang putih6) Rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang, cengkih ) 7) 1 sudu kecil pati ayam atau 1 kiub ayam 8) Ayam 9) Sedikit minyak masak untuk menumis 10) 1 sudu besar minyak bijan
Cara-cara
1) Rendam beras dengan 1 sudu serbuk kunyit selama 30 minit 2) Tumbuk lumat 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia3) Lumur pada ayam dan biarkan seketika4) Hiris 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih dan 1 biji bawang merah5) Set PC kepada stir fry dan panaskan minyak masak dan minyak bijan.
6) tumis bawang tadi bersama rempah tumis7) Lepas bawang dah naik bau, masukkan daun pandan dan juga beras. Kacau sebati 8) Masukkan 3 cawan air
9) Susun ayam di atas beras
10) Tekan stir fry untuk cancelkan proces stir fry. Kemudian tekan Cook Rice.
11) Biarkan sampai proses memasak selesai. Mula-mula skrin memaparkan C000 , kemudian P010 dan keluar perkataan END memandakan nasi sudah masak. proses memakan masa kurang dari setengah jam.
Nasi dah siap masak dan boleh di hidang bersama kicap, sos nasi ayam dan juga salad. Maaf tiada gambar masa hidang, sibuk makan sampai lupa snap gambar. hehe..
Overall, huda sangat berpuas hati dengan Presssure Cooker Primada Special Edition. Kalau korang berminat nak grab satu, klik jer kat link shopee ni.
>> https://shp.ee/kxvtjbd <<
Okay, sampai sini dulu, next huda nak sharing resepi ayam korea paling sedap huda pernah buat!
16 Comments
alaaa kite takde pressure cooker. tapi thanks for the resipi. memang plan nak buat nasi ayam pun nanti! dah lama tak makan. nampak macam mudah je nak buat
ReplyDeletetak pernah dengar brand periuk ni tapi cantiklah warna hijau. dah berusia makin suka dengan kitchenware
ReplyDeleteWow the pressure cooker looks cute right? Obviously it is really easy and convenient to cook anything using a pressure cooker right? The Hainanese chicken rice looks good indeed.
ReplyDeleteNampak gayanya Rawlins kena keluarkan pressure cooker dan try your recipe nie. Doakan menjadi ye. Hehe
ReplyDeleteMudah ya masak sekaligus. Kak Bell tkde pressure cooker. Pakai rice cooker biasa. Tp ayam kena rebus dululah. Dapnya nak buat la weekend ni.
ReplyDeleteWowww senang sungguh nak masak mcmni. Letak2 tgu masak je sambil2 tu bolej buat keje lain kan.. Hmmm nak g kidnap pressure cooker mama kita la. Hahahha dia x pakai pun
ReplyDeleteSis tak pernah cuba buat nasi ayam hainan Huda, kalau buat nasi ayam biasa aje.. nanti nak cuba resepi Huda ni.. nampak senang sangat...
ReplyDeleteMcm sedap je nasi ayam hainan ni....nak cubalah nanti. Tengok resepinya mcm sdp
ReplyDeleteBest nanti kita nak try recipe nasi ayam hainan kat rumah, tapi masak dengan rice cooker coz belum ada pressure cooker lagi.
ReplyDeletewahh senang , masuk semua bahan sekali yer pastu tahu2 dah siap. Memang cepat dan mudah sangat nih. Guna pulak presure cooker lagilah senang . Tq huda atas resepi dan caranya.
ReplyDeleteTakde pressure cooker. Lama dah tak masak nasi ayam ni. Boleh try resepi ni walau tkde pressure cooker
ReplyDeleteWah... Senang nya masak semua buh dalam piuk tekan pastu dah siap! Nanti kak nina nak try tapi kena beli piuk ni dulu laaa nampaknya
ReplyDeleteguna pressure cooker semuanya mudahkan. masak pun tak renyah..yg penting dapat maintain kualiti masakan tu mmg terbaik
ReplyDeleteBestnya.. lama giler dah tak masak nasi ayam kat rumah... kena cari masa untuk belajar masak sendiri la.. since electrical appliance dah memang ada..
ReplyDeleteSenang kan. Dulu saya beli PC juga. Tapi tak ada tempat sesuai di dapur. Kemudian saya explore rice cooker saya. Rupanya boleh masak nasi ayam hainan kat periuk nasi tu. Hahahaha. Tak explore fungsi lain selain masak nasi tu. lucu betul. Sekarang, mandi chicken pun bleh buat. Masak sendiri lebih sedap kan kak.
ReplyDeleteSenangnya, boleh cuba dirumah ni. thank you share resepi.
ReplyDeleteair freight
borong china
beli barang dari china
air freight malaysia
Shipping from china to Malaysia