Pengalaman Pertama Camping di Tepi Sungai , Eh Tepi Rumah jer lah!!



Pengalaman Pertama Camping di Tepi Sungai , Eh Tepi Rumah jer lah!! | Semangat berkobar-kobar nak family camping tahun ni sebab huda baru jer join Group di FB Family Camping Malaysia .  Huda baru tahu banyak camping site yang menarik di Malaysia ni. Target tahun ni, ubah angin travel , asyik check in hotel jer kan, nak bawa anak-anak cek in camp site. Namun di sebabkan PKP, khemah yang baru huda beli di Shopee di rasmikan dengan camping di tepi rumah sahaja.... so sedih!



Pengalaman Pertama Camping di Tepi Sungai , Eh Tepi Rumah jer lah!!



Sebelum huda nak cerita tentang pengalaman camping kami, huda nak share tentang khemah yang best dari Shopee. 

Seharian juga lah dok survey khemah yang murah, berbaloi untuk first timer nak camping ni. Budget pun ciput jer, hehe... 

Akhirnya, ini lah yang paling berkenan di hati. Syukur, seller sangat bagus, shipping laju. Sehari dah sampai. Pasang pun teramat mudah. Few seconds dah siap!! Love everything about this tent.. 


>>BELI KLIK SINI<<

Huda memang rekemen untuk korang beli khemah dengan seller Utan King ni. Serius puas hati. 

Semalam, 22.1.2021 hari pertama PKP 2.0 di Terengganu. 
Dari fokus kesedihan tak boleh keluar rumah, kita create amazing memories dengan keluarga tersayang. 

Huda order khemah 20 hb Januari, 21 hb petang dah selamat sampai dari seller di Penang ke Kuala Terengganu. Rasmikan dengan camping dalam rumah. Layankan anak-anak tak sabar nak camping.




Huda beli khemah yang muat untuk kami anak-beranak duduk dalam tu. 
Siapkan pasang lampu dan kipas yang huda beli bersama set khemah ni. Papa layankan anak-anak baca bedtime stories kemudian anak-anak pun lena tidur dalam tu. 

Keesokan harinya, bawa khemah ke luar umah. Di tepi rumah semi D kami , muat-muat khemah ni di tepi rumah dan di bawah awning. Alhamdulillah. 

Mulakan feeling ala-ala camping di campsite gitu dengan breakfast. Breakfast simple jer roti dan minum kopi. 



Then anak-anak memang seharian dalam khemah. Syok sangat diorang ada khemah baru. 
Senyap sikit dalam rumah sebab anak-anak duduk luar rumah. hehe....

Lepas solat isyak, get ready nak bercamping dan tidur di dalam khemah. 




Aktiviti kami tonton movie sampai lah anak-anak tertidur dalam khemah. Huda terpaksa juga masuk ke dalam rumah pukul 1 lebih sebab rasa tak boleh nak tidur.. Huhu.. Jadinya papa temankan The Arifs sampai ke subuh tidur dalam khemah. 

Kesian encik suami, rupanya dia tak boleh nak tidur lena pun semalam. Bunyi macam-macam. Ada bangunan sebelah rumah kami , baru pasang pam air, setiap berapa minit akan berbunyi. Kemudian dengar kucing gesek-gesek badan di tepi khemah. Awal pagi dalam pukul 4 pula, hujan turun. Dengar hujan rintik-rintik jadi menggangu tidur. 

Lepas subuh encik suami masuk rumah dan qada' tidur dia. Huda tanya anak-anak pula punya lah happy, tidur lena tak sedar pun. Amboi selesa sungguh anak-anak tidur di dalam khemah di tepi rumah. Diorang request nak sleep over di luar rumah lagi! Aduh, kena stand by alasan apa yer.... 

P/s : Camping site mana yang paling best untuk huda bawa family buat kali pertama yer??? Boleh cadangkan di ruang komen.Terima kasih!

No comments