Jika diingat balik, sebulan dua sebelum ni, huda mula rasa sensitif dengan air sejuk. Sebelum ni takde pulak. Lama-lama rasa tak sedap kat celah gigi di bahagian belakang. ada berlubang sikit. sikit jer, so macam tak indah sangat. namun minggu ni, sakit teramat sangat. Dah suspek, kena saraf akar gigi dah ni. Sebab sakit sangat, sampai makan painkiller pun tak hilang sakit, huda terus ke klinik. Lokasi sakit sama macam kat gambar ni..
Sakit Gigi Bukan Biashe-biashe... Rupanya Karies Akar Gigi.
Apa tu Karies Akar Gigi?
Karies akar sering tersembunyi. Kaviti yang kelihatan biasanya nampak kecil berbanding dengan kerosakan yang sebenarnya. Itulah yang huda alami. Nampak macam sikit jer, tapi sakit berjuta kali ganda sakitnya. Sakit nak bersalin pun tak macam ni tau!
Bagaimana Karies Akar Gigi Boleh Terjadi ?
Karies akar gigi biasanya terjadi di kawasan aras gusi yang telah menyusut atau mengecut dan mengakibatkan bahagian akar gigi tersebut terdedah.
Based on pembacaan huda, huda detect sebab utama adalah huda bulan lepas beli berus gigi baru yang agak keras. Dah terbeli tu huda guna jer lah. Lepastu mula terasa gusi macam mengecut. sakit gusi lah tu. Akibat yer bahagian akar gigi terdedah. Makan pulak memang tak jaga, makan kek anniversary bulan 12 ni jer dah berapa kali entah, hehe.. memang mengundang sakit sendiri kan?!
Apa itu Karies?
Karies, yang juga dikenali sebagai kerosakan gigi atau kaviti, adalah jangkitan yang berpunca dari bakteria yang menyebabkan demineralisasi dan kemusnahan tisu keras (enamel, dentin dan simentum).
Kemusnahan tisu keras ini biasanya adalah akibat dari penghasilan asid oleh fermentasi (pereputan) bakteria yang berpunca dari pengumpulan sisa makanan di permukaan gigi.
Sekiranya proses demineralisasi mengatasi rembesan air liur dan faktor-faktor remineralisasi lain yang berkaitan seperti kalsium dan ubat gigi berfluorida, maka tisu keras ini akan terus mengalami kemusnahan sehingga menghasilkan karies gigi (kaviti atau gigi berlubang).
Bakteria utama penyebab karies gigi adalah dari streptokokus, terutamanya Streptococcus mutans dan Streptococcus sobrinus, serta lactobacillus. Jika dibiarkan tanpa rawatan, karies gigi boleh membawa kepada kesakitan gigi, kehilangan gigi serta jangkitan pada gusi dan tisu lembut dalam mulut.
Karies akar awal biasanya meliputi permukaan akar gigi yang luas sebelum menyusuri sempadan enamel-simentum atau permukaan akar gigi. Lesi karies lanjutan pula akan merebak ke pulpa sama seperti karies yang bermula dari permukaan korona gigi.
Gusi biasanya melindungi akar gigi daripada bakteria yang menyebabkan karies. Namun akar ini boleh terdedah apabila gusi menyusut akibat tekanan dari teknik pemberusan yang traumatik (tekanan berlebihan menggunakan bulu berus gigi yang keras). Kebersihan mulut yang tidak dijaga serta kekurangan rembesan air liur (mulut kering) merupakan antara faktor risiko kejadian karies akar. Mulut kering biasanya adalah berkaitan dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu dan tidak bergantung pada faktor usia.
Rawatan Karies Akar
Karies yang kelihatan kecil, sebaliknya mungkin memerlukan restorasi korona dan tidak memadai setakat tampalan biasa. Kerosakan mungkin telah merebak ke kawasan pulpa gigi sehingga memerlukan rawatan endodontik (rawatan kanal akar) bagi mengelakkan kesakitan dan jangkitan berterusan. Pada peringkat yang tertentu, kerosakan yang teruk boleh menyebabkan gigi tidak dapat diselamatkan lagi dan terpaksa dicabut.
Pencegahan Karies Akar
Karies akar berpunca daripada bakteria. Maka adalah penting untuk menjaga kebersihan gigi setiap hari.
Gusi yang telah menyusut mungkin menyebabkan pembersihan gigi menjadi lebih sukar. Kaedah dan teknik yang lebih berkesan perlu untuk membersih akar yang telah ditampal untuk membuang plak: menggunakan bulu berus gigi lembut/sederhana dalam pergerakan dan tekanan yang tidak merosakkan gusi, serta menggunakan flos dan/atau berus gigi interdental.
Doktor gigi haruslah dimaklumkan sekiranya pesakit mempunyai masalah fizikal dan sukar untuk membersih gigi.
Penggunaan fluorida telah terbukti sangat berkesan di dalam pencegahan karies akar gigi. Kini ia terdapat di dalam pelbagai bentuk, teknik aplikasi serta kepekatan bergantung kepada keperluan individu, contohnya rawatan fluorida di klinik gigi.
Produk yang mengandungi fluorida juga mudah diperolehi dan boleh membantu di dalam usaha mencegah karies.
Diet turut merupakan faktor penting kerana sesetengah makanan, seperti makanan ringan terutamanya boleh meningkatkan jumlah bakteria yang membentuk plak penyebab karies.
Akhir sekali pemeriksaan mulut dan pembersihan gigi berkala secara professional boleh mencegah karies akar atau mengesannya awal di kala gigi masih lagi boleh dirawat.
Akhir kata, apa yang berlaku cukup memberi pengajaran untuk huda lebih peka sebelum membeli berus gigi dan jaga diet dengan sebaiknya. Syukur Allah hadiahkan sakit dan Allah sudah sembuh dari sakit lepas huda decide nak cabut jer gigi, walau lubang hanya kecil. Doktor tunjuk karies akar gigi huda yang dah lebih kurang 1mm sudah di rosakkan bakteria durjana. Sekarang huda pun dah stop amik painkiller yang memudaratkan kesihatan. Sudah lengkap pengalaman tahun 2020 yang penuh warna warni macam pelangi..
Setiap berlaku ada hikmahnya....
0 Comments