Mekdi- Papan Tanda Ikonik Tanda Semangat Merdeka Malaysia!


Hye semua! Salam merdeka dan selamatmenyambut Hari Malaysia tak lama lagi. Bagaimana anda hidupkan semangat merdeka dan menzahirkan jiwa “Malaysia” ??Biasa kita akan kibarkan bendera Malaysia betul tak? Huda nak kongsi mengenai keunikkan McDonald's Malaysia menzahirkan jiwa 'Malaysianya' dengan memaparkan papan tanda Mekdi di restoran-restoran terpilih di seluruh negara. Ini juga bersempena ulangtahun ke-38 syarikat itu sejak pembukaan restoran McDonald’s Malaysia pertama di Bukit Bintang. 



Mekdi -Papan Tanda Ikonik Eksklusif McDonald’s Malaysia


Slang orang Malaysia dah biasa sebut “Mekdi” berbanding sebut nama penuh McDonald's. – Mekdi merupakan panggilan tempatan untuk 'McD', singkatan bagi McDonald's .

Maka bagi meraikan semangat merdeka dan ke’Malaysia’an, papan tanda ikonik Mekdi telah dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang berlangsung di restoran McDonald's Pandu-Lalu Putrajaya dan akan dipaparkan dengan jelas di 16 restoran terpilih di seluruh negara. 




Restoran Mekdi Pilihan Rakyat Malaysia! 


Kesemua 16 restoran yang memaparkan papan tanda ikonik Mekdi ni merupakan pilihan rakyat Malaysia sendiri. Dimana mereka telah diberi peluang mengundi restoran McDonald's yang akan memaparkan papan tanda Mekdi. 

Menurut Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia 
"Dikenali sebagai Mekdi di kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang seperti hari ini atas sokongan padu para pelanggan kami. Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali kami memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit Bintang tahun lalu, dan ini jelas menunjukkan bahawa Mekdi amat sinonim dengan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat. Jadi tahun ini, kami ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menukarkan restoran McDonald's kegemaran merekakepadaMekdi,"

Papan Tanda Mekdi boleh di dapati di 16 cawangan berikut :- 

1. McDonald’s Bukit Bintang
2. McDonald’s Titiwangsa
3. McDonald’s KLCC
4. McDonald’s Putrajaya, Presint 2
5. McDonald’s Kuala Selangor
6. McDonald’s Greenlane, Penang
7. McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
8. McDonald’s Stulang Laut, Johor
9. McDonald’s Kulai, Johor
10. McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
11. McDonald’s Taman Buaya, Malacca
12. McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
13. McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
14. McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
15. McDonald’s Kuching 1, Sarawak

16. McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah 


Sentuhan Baharu Nasi Lemak McD 


Sempena sambutan bulan kemerdekaan, McDonald's Malaysia membawa sentuhan baharu kepada Lemak McD yang popular. Pelanggan kini boleh menikmati Rendang Ayam sebagai pilihan hidangan sampingan tambahan bersama nasi lemak harum, ikan bilis rangup, timun segar, dan telur goreng, berserta sambal pedas. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).


McDonald's juga menyuntik citarasa tempatan kepada menu pencuci mulutnya dengan memperkenalkan McFlurry Cendol baharu, yang menampilkan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanilla berkrim cair, dan jeli Cendol. Pencuci mulut tempatan yang menarik seperti Pai Jagung dan aiskrim berperisa Cendol juga turut dibawakan semula.


Huda sendiri sudah menikmati nasi lemak dengan Rendang Ayam , menu terbaharu di Mekdi. Sedap sangat, pasti akan repeat lagi! Dengan rasa rendang yang enak, size hidangan pun boleh tahan besar, memang puas hati makan. 
Nasi Lemak Rendang Ayam yang sedap!

Nasi Lemak Dengan kepingan GCB menjadi pilihan anak-anak.


Nasi Lemak dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe ni pun ngam teruk! Wajib cuba! 

McDonald's Malaysia - Jenama global terkenal berjiwa Malaysia 




Menurut Hajjah Melati, McDonald's Malaysia berjiwa Malaysia, baik daripada makanan yang disajikan, sehinggalah kepada wargakerjanya, dan juga tanggungjawab sosial yang dilaksanakan. Menurut beliau :- 

"Kita sedang melalui suasana baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pandemik yang melanda ini telah menguji operasi perniagaan kami di pelbagai peringkat, dan kami berterima kasih kepada para pelanggan yang menyokong kami sepanjang tempoh mencabar ini. Kami juga berbangga dengan kru kami yang sentiasa peka dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat dipatuhi di semua restoran McDonald's di seluruh negara. Ini jelas menunjukkan semangat #KitaBoleh yang didukung oleh masyarakat kita,” 



Konsep #KitaBoleh diterapkan oleh McDonald's Malaysia di seluruh negara –bermula pada bulan Mac tahun ini –sebagai penghargaan kepada keberanian petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 



Dengan lebih daripada 14,000 kakitangan di 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia turut mengutamakan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya. Dengan perancangan untuk membuka 450 restoran menjelang tahun 2025, McDonald's Malaysia juga menetapkan sasaran untuk menambah seramai 10,000 tenaga kerja lagi. 



"Matlamat kami bukan sekadar untuk membina reputasi kukuh dalam industri perkhidmatan makanan, tetapi juga sebagai sebuah syarikat yang memupuk bakat warga kerjanya dan membantu mereka membangunkan kerjaya yang bermakna. Kami berharap ini  akan meningkatkanstandard pembangunan modal insan di Malaysia,”




McDonald's Malaysia yang amat mementingkan kesejahteraan masyarakat menggalakkan semua restorannya di seluruh negara untuk memberi sumbangan kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru dan juga bantuan kepada mangsa banjir. Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali KeSekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

Jom Join #GengNasiLemak dan Bergambar di Papan tanda ikonik Mekdi 



Nasi Lemak McD dengan Rendang Ayam dan Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara. 

Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu menarik McDonald’s sempena bulan Merdeka ini, sila lawati www.mcdonalds.com.my.
#Mekdi 
#McDonaldsMalaysia 
#NasiLemakMcD

Post a Comment

4 Comments

Qaseh Dalia said…
Dah peegi ootd dah depan mekdi hiks
Nadia Johari said…
Dh pergi bergmbr.. Dh rasa Nasi Lemak tu juga.. Sedp
Marina Bashah said…
Dah makan nasi lemak dia. Sedap gak
Ai said…
So Malaysian bila ejaan jadi Mekdi. Terbaik.