Sambut Birthday Arif Haikal ke 8 Tahun



Alhamdulillah.  Syukur , Allah bagi pinjam dan rasai pengalaman menjadi mama 8 tahun sudah…  Cepat  yer masa berlalu, tarikh keramat 5 September datang lagi.  Tahun ini, huda dan suami pilih nak sambut outdoor dan bagi hadiah basikal 2 roda pada Arif. Sudah  sampai masanya Arif upgrade skill , no more tricyle..


Sambut Birthday di Pantai Miami Seberang Takir


Tema picnic birthday tahun 2020 untuk raikan ulang tahun kelahiran Arif Haikal ke- 8. Sehari sebelum, huda buat brownies ,pudding jagung dan juga pulut kuning. Tempahan juga huda buat secara atas talian. Tempah set nasi ayam bersama air, dan juga dessert ( Pavlova, Chessetart dan Cream Puff) .  Buat majlis keraian kecil-kecilan sahaja, jemput keluarga mertua.









Alhamdullilah, syukur sangat-sangat, Allah permudahkan segalanya. Makanan tempahan datang tepat pada waktunya. Cuaca pun okay. Semua berlaku atas izin Allah, kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang. Dan adakalanya rezeki tanpa di rancang juga hadir dalam hidup kita.  Arif Haikal, anak sulung huda antara rezeki yang tidak di rancang…


Hadiah Basikal Hari Jadi Ke- 8 Untuk Anak Mama…



Lama juga fikir hadiah terbaik untuk birthday Arif kali ini. Hadiah mainan macam dah biasa sangat. Nak bagi sesuatu yang lebih bermakna. Suami teringat, ada sekali tu time naik basikal 3 tayar , Arif ada request nak basikal 2 tayar. Arif sebaya dengan Ryan Youtuber favourite dia.. dia kata Ryan dah pandai bawa basikal 2 tayar, jadi dia pun nak jugak! Haish, memang kuat pengaruh rakan sebaya ni kan?


Huda pun survey, harga basikal yang sesuai untuk kanak-kanak 8 tahun. Compare harga di kedai dan juga online. Beza hampir RM50! Maka pilihan beli online lah, haruslah berjimat cermat. Boleh saving untuk benda lain pulak kan..

Ini lah dia hadiah birthday Arif Haikal ke 8. Sebuah basikal biru .
Alhamdulillah, Arif sangat happy dan teruja nak bawa basikal. Tapi kena tunggu safety accesories sampai dululah, baru bawa Arif ke taman dan practice naik basikal.



Our Happy Family. Alhamdulillah...

Post a Comment

0 Comments