Terokai Kampung Budaya Terengganu - One Stop Centre Himpunan Pelbagai Seni Budaya Warisan di Terengganu
Pengalaman Percutian Bersejarah di Kampung Budaya Terengganu
Huda sendiri telah merasai pengalaman unik sepanjang berkunjung di kampung budaya Terengganu.
Dengan konsep muzium hidup, Kampung Budaya Terengganu bertempat di Muzium Negeri ini memberikan pengalaman percutian bersejarah buat pengunjung, ini kerana pengunjung akan dipersembahkan dengan latar belakang serta suasana kehidupan sebenar masyarakat melayu lama.
Selain itu, pelbagai pengisian lain seperti demonstrasi aktiviti-aktiviti yang diusahakan penduduk tempatan turut dipamerkan di Kampung Budaya Terengganu. Secara tidak langsung, pengunjung dapat mempelajari dan menyelami sejarah warisan masyarakat dahulu kala.
Perasmian Kampung Budaya Terengganu
Pada 3 September 2020, telah berlangsung perasmian Kampung Budaya Terengganu yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Dr.Ahmad Samsuri bin Mokhtar.
Majlis turut di meriahkan dengan kehadiran , Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Yang Berhormat Ariffin bin Deraman, serta Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ab. Rasid bin Jusoh.
Menteri Besar berkata,
“sebagai sebuah produk pelancongan baharu Pengoperasian Kampung Budaya ini kelak bukan sahaja menjulang kembali kegemilangan warisan seni budaya masyarakat melayu dahulu kala, tetapi juga mengingatkan generasi akan datang akan pentingnya mengetahui asal-usul sejarah peradaban melayu, secara tidak langsung menonjolkan peranan muzium negeri sebagai pusat rujukan tamadun masyarakat Terengganu”.
Kampung Budaya Terengganu - Platform Karyawan Seni Budaya Terengganu
Kampung Budaya Terengganu ini juga merupakan platform bagi karyawan-karyawan tempatan untuk memperkenalkan karya mereka kepada pengunjung. Maka, kewujudan Kampung Budaya ini juga turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk tempatan melalui aktiviti pelancongan berkaitan sub sektor pelancongan iaitu seni budaya Terengganu.
FAKTA MENARIK TENTANG KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU
- Kampung Budaya Terengganu merupakan muzium hidup yang menggabungkan pelbagai kebudayaan, kesenian dan warisan negeri Terengganu dalam satu kawasan setempat dengan gabungan warisan budaya ketara dan warisan budaya tidak ketara.
- Berkonsepkan muzium hidup, Kampung Budaya Terengganu akan menjadi produk pelancongan terbaharu di negeri Terengganu yang menawarkan pelbagai keunikan dan keistimewaan seni budaya sebagai salah satu daripada kluster pelancongan negeri.
- Kampung Budaya Terengganu sebagai pendorong serta penggerak kepada kegiatan ekonomi negeri, termasuk penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan.
- Bertempat di Muzium Negeri Terengganu, Kampung Budaya Terengganu akan menonjolkan lagi peranan Muzium Negeri sebagai pusat rujukan tamadun Melayu Terengganu.
- Memaparkan rumah-rumah asal tradisional negeri yang menempatkan pameran, demonstrasi dan pelbagai aktiviti kesenian dan warisan negeri dan seterusnya menjadi landasan bagi persembahan kesenian dan kebudayaan negeri.
- Kampung Budaya Terengganu melambangkan identiti negeri melalui keunikan seni warisan yang terdapat di setiap daerah Terengganu.
- Kaedah pelaksanaan Kampung Budaya Terengganu adalah staff bertugas akan menghidupkan suasana tradisi dalam persekitaran yang menyerupai kehidupan sebenar rakyat Terengganu. Pengunjung akan dirai dan merasai kehidupan sebenar dan sekaligus menerapkan unsur sejarah melalui penglibatan mereka secara langsung.
- Kampung Budaya Terengganu sebagai landasan bagi pemeliharaan, pemuliharaan dan pengembangan khazanah seni warisan budaya negeri Terengganu.
- Kampung Budaya Terengganu akan mempamerkan gaya hidup rakyat Terengganu zaman dahulu kala dengan menerapkan konsep ‘muzium hidup’.
- Kampung Budaya Terengganu sebagai ‘platform’ kepada penggiat seni dan budaya negeri Terengganu untuk terus berkarya.
- Kampung Budaya Terengganu sebagai produk pelancongan terbaharu yang akan menarik lebih ramai kunjungan pelancong ke negeri Terengganu.
- Kampung Budaya Terengganu dapat menjana pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu melalui sektor seni dan budaya negeri Terengganu.
Apa yang Menarik di Kampung Budaya Terengganu?
Kawasan Penerangan dan Galeri Pelayaran
- Penerangan ringkas perhentian Kampung Budaya Terengganu.
- Demonstrasi pembuatan perahu.
Perhentian Pertama (Rumah Nelayan)
- Demonstrasi pembuatan jala.
- Demonstrasi pembuatan bubu.
- Demonstrasi pembuatan kerepok
- Demonstasi pembuatan ikan kering.
- Demonstrasi pembuatan belacan.
- Pameran perahu-perahu.
Perhentian Kedua (Rumah Bujang berserambi Selasar)
- Demonstrasi pembuatan seni khat.
- Demonstrasi pembuatan ukiran khat
- Demonstrasi pembuatan kayu.
- Demonstrasi pembuatan bubur asyura.
- Persembahan berzanji.
- Pameran barangan lama.
Perhentian Ketiga (Rumah Bujang Berkembar)
- Demonstrasi anyaman (tikar, mengkuang, lidi, kerecut, terendak, buluh dan atap nipah).
Perhentian Keempat (Rumah Limas Belanda)
- Demonstrasi pembuatan wau.
- Demonstrasi pembuatan gasing.
- Pameran dan demonstrasi permainan tradisional (batu selambut, congkak, gasing dan dam aji).
Perhentian Kelima (Rumah Tele)
- Pameran adat dan budaya.
- Pameran dan demo pakaian tradisional.
- Demonstrasi mencanting batik.
- Demonstrasi batik blok.
- Demonstrasi pembuatan songket.
- Demonstrasi pembuatan tembaga.
- Demonstrasi pembuatan tembikar.
- Pameran barangan dapur lama.
Perhentian Keenam (Istana Tengku Long)
- Pameran bilik dan barangan diraja.
- Pameran barangan istana.
- Demonstrasi pembuatan keris dan lembing.
- Pameran dan persembahan muzik gamelan.
Perhentian (Laman Singgah Sana)
- Persembahan silat.
- Persembahan permainan tradisional.
Perhentian Ketujuh (Laman Warisan)
- Persembahan kebudayaan.
- Demonstrasi dan jualan makanan tradisional.
- Demonstrasi dan jualan cenderahati.
- “Photo booth”.
Bagaimana Untuk Sampai ke Kampung Budaya Terengganu?
- Pengangkutan awam darat (bas/teksi) dari Stesen Bas Kuala Terengganu ke Kampung Budaya Terengganu di Muzium Negeri dengan jarak 9KM, 10 minit.
- Pengangkutan udara (kapal terbang) dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Kampung Budaya Terengganu.
- Pengangkutan air (Payang Water Taxi, Bot Penambang) 20 minit.
Warganegara
|
(Dewasa) RM15.00
(kanak-kanak) RM10.00
|
Warga Asing
|
(Dewasa) RM30.00
(Kanak-kanak) RM20.00
|
Warga Emas/OKU
|
RM10.00
|
Pakej ( Tiket + “Pack Meal” ) Tambahan RM5.00 / individu
|
Waktu Operasi
Ahad – Khamis 9:00 pagi – 6:00 petang
Jumaat 2:30 petang – 6:30 petang
Sabtu / cuti am 9:00 pagi – 6:30 petang
Peta Interaktif Kampung Budaya Terengganu (FUN MAP)
- Konsep penggunaan passport.
- Papan tanda/ papan informasi / sejarah.
- Pemandu Pelancong
Setelah merasai sendiri keunikan Kampung Budaya Terengganu ini, Huda sangat kagum dengan komitmen dari Kerajaan Negeri yang sentiasa komited dan serius dalam memberikan sokongan dan galakan terhadap usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan seni budaya warisan untuk dipasarkan sebagai produk pelancongan bernilai tinggi.
Kini percutian anda di Terengganu pastinya lebih bermakna dengan berkunjung ke Muzium Terengganu.
Dapatkan perkembangan aktiviti-aktiviti menarik pelancongan negeri Terengganu menerusi pautan berikut :-
Kini percutian anda di Terengganu pastinya lebih bermakna dengan berkunjung ke Muzium Terengganu.
Dapatkan perkembangan aktiviti-aktiviti menarik pelancongan negeri Terengganu menerusi pautan berikut :-
Facebook : https://www.facebook.com/beautifulterengganu
Instagram : https://www.instagram.com/beautifulterengganumalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/beautifulterengganumalaysia/
16 Comments
RM15.00 per person utk dewasa, murah betul ni.... then ada include activities... seronoknyaaa