Tingkatkan Keseronokkan Menikmati Snek Di Rumah Dengan Jack 'n Jill Calbee


Hari minggu bakal tiba, apa rancangan anda? Sekarang kita sudah pun terbiasa dengan norma baharu, iaitu duduk di rumah. Hari minggu cuti dari Work From Home (WFH) jadi ini lah masa untuk marathon cerita! JACK 'n JILL Calbee sedia menceriakan hidup anda dengan pengalaman menikmati snek di rumah yang menghiburkan. Pada Julai ini, jenama ini akan memberi nilai tambah kepada setiap kunyahan kerepek kentang kegemaran anda, dengan peraduan “JACK ‘n JILL Calbee Elevate Your Snacking Experience at Home Contest 2020”


Tingkatkan Keseronokkan Menikmati Snek Di Rumah Dengan Jack 'n Jill Calbee


Kenali JACK ‘n JILL Calbee 

JACK ‘n JILL Calbee telah dilancarkan pada Januari 2019 hasil usaha sama URC Snack Foods Malaysia, yang terkenal dengan jenama warisannya JACK' n JILL, dengan Calbee, yang merupakan pengeluar kerepek kentang terkemuka di Jepun. Sejak dilancarkan, JACK 'n JILL Calbee, yang menawarkan tiga perisa iaitu Classic Salted, Smokey BBQ and Flamin’ Chilli, telah menambat hati para penggemar snek dan dijadikan snek kegemaran mereka.

Menurut Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapore.

“Norma baharu duduk di rumah dan penjarakan sosial telah menjadikan orang ramai lebih menghargai masa bersama orang tersayang, sekaligus dapat juga mencetuskan nostalgia. Daripada meningkatkan kemahiran memasak sehinggalah idea penambahbaikan kediaman, orang ramai sentiasa mencari jalan untuk menjadikan waktu yang dihabiskan di rumah lebih menyeronokkan dan bermakna,”

 “Sebagai satu jenama yang sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggan, JACK ‘n JILL Calbee kini memperkenalkan satu cara untuk mengganjari pelanggan kami sambil bersantai dan menikmati snek di rumah”.


Jom Sertai Peraduan  Jack 'n Jill Calbee dan berpeluang Menang iPad Pro 11 




Mulai 1hb Julai 2020 hingga 15hb Ogos 2020, semua peminat snek di seluruh negara dijemput untuk menyertai peraduan ini bagi meraih peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat yang disediakan khusus untuk menambahkan keseronokan menikmati snek di rumah. Para pelanggan JACK ‘n JILL Calbee yang bertuah berpeluang membawa pulang sebuah iPad Pro 11, untuk tontonan skrin persendirian yang berkualiti, sebuah TV Sony 65” untuk pengalaman tontonan ala-panggung wayang dalam keselesaan kediaman sendiri, serta pas percuma untuk melayan filem atau drama bersiri di Netflix!


Bagaimana nak sertai peraduan Jack 'n Jill Calbee ? 



Sertai sekarang untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat dengan 2 langkah mudah seperti berikut:

Langkah 1  : Beli produk JACK ‘n JILL Calbee berjumlah RM 8 dan ke atas di dalam satu resit.


Langkah 2  : Hantarkan gambar resit pembelian menerusi WhatsApp, sertakan <Nama> anda dan <No MyKad> kepada +6011-1081 1878


· Jawab (Y/N) (Y untuk Ya atau N untuk tidak) untuk soalan ini: 

“Adakah JACK ‘n JILL Calbee ditawarkan dalam tiga perisa?”


Senarai Hadiah Peraduan Jack 'n Jill Calbee


  • HADIAH UTAMA X 1 
    • Sebuah iPad Pro 11
  • HADIAH KEDUA X 1 
    • Sebuah TV Sony 65”
  • HADIAH KETIGA X 50 
    • Kad Hadiah Netflix bernilai RM100

Kesemua 52 pemenang juga akan menerima hadiah berupa satu set ‘JACK ‘n JILL Calbee Home Elevation Kit’ yang mengandungi tiga paket JACK ‘n JILL Calbee, satu mangkuk JACK ‘n JILL Calbee dan satu cawan JACK ‘n JILL Calbee.


Untuk maklumat lanjut berhubung cara menyertai peraduan ini, sila layari laman Facebook https://www.facebook.com/JacknJillCalbee.MY/ atau Instagram https://www.instagram.com/jacknjillcalbeemy/ untuk perkembangan terkini.



#JacknJillCalbee
#ElevateYourSnackingExperience
#ElevateYourSnackingExperienceAtHome

Post a Comment

5 Comments

Nadia Johari said…
Snack jack n jill memnag kadagbeli.. Buat makan 2santai2
Marina Bashah said…
Dah try yg BBQ. sedap
Ai said…
Favourite juga ni. Sedap.
Cik Renex said…
Menarik hadiah dia. Boleh join nanti.
:)
Radhia Razali said…
sempat lagi nak join contest ni