Salam Jumaat yang berkat. Setiap hari sentiasa ada rezeki untuk kita, sedikit pun rezeki, banyak pun rezeki. Bila dapat sedikit, Allah nak bagi kita rezeki pahala sabar. Bila banyak rezeki , Allah nak uji sama ada kita bersyukur atau tidak. Mari kita buat kira-kira berapa banyak rezeki kita.. rasanya terlampau banyak sampai boleh menangis kesyukuran..
Rezeki Anak-anak Dapat Makan Kenny Rogers Roaster PERCUMA
Hebatnya Rezeki Allah!
Imbau kembali hari Khamis 2 minggu lepas..
Huda belanja encik suami sempena birthday treat dia nak makan ayam panggang di KRR.
Ketika kami makan sempat borak-borak dan pasang hajat . Bila kelak kerajaan dah bagi anak-anak kebebasan nak bawa mereka makan sini.
Biasa lah naluri seorang mama, walau keluar dating berdua dengan encik suami, anak-anak sentiasa berlegar di ingatan.
Pada 2 minggu lepas, rezeki dapat makan percuma satu set, dan hanya perlu bayar satu set sahaja sebab huda aktifkan kad keahlian KRR. Korang boleh baca di sini >> Berbaloi Daftar Jadi Ahli Kenny Rogers Roasters <<
Rezeki hari Khamis minggu ini pula, iaitu semalam, giliran anak-anak pula dapat makan KRR secara percuma!
Syukur hajat di penuhi dan paling seronok tak perlu keluar duit!
Rezeki dapat 8 keping baucer Kenny's Quarter Meal. Habuan lepas siapkan task di Instagram.
Seronok berganda-ganda! Anak-anak happy dan huda happy. Makan sedap tapi poket tak rabak!
4 baucer sudah berjaya di tebus, masih berbaki 4 baucer lagi.
.
Hanya perlu bayar air minuman. Kami memang biasa minum plain water jer bila dine in di restoren. Bayar air pun guna baki duit dalam KRR member card.
Jadi hari ni satu sen pun tak keluar dari handbeg. Alhamdulillah, rezeki kami 😍
.
Syukur Ya Allah. Semoga lepas ni dapat tunaikan lagi hajat anak-anak yang takde noktah.. ada sahaja permintaan..
Jika bukan kita sebagai ibu bapa yang berusaha tunaikan..siapa lagi...Betul tak??
Semoga "memory bank" anak-anak penuh dengan kenangan indah yang kami ciptakan bersama ❤
Tak cukup kenangan di dalam kotak fikiran, huda juga buat video dan juga tulis diari di blog ini.
Semoga satu hari nanti kita dapat imbas kembali dan ingat detik indah yang berlalu dengan senyuman.
InshaAllah minggu depan kami akan repeat lagi makan di KRR , nak tebus baki baucer 4 keping lagi. Murah sangat rezeki bulan ini. Terima kasih Allah..
InshaAllah minggu depan kami akan repeat lagi makan di KRR , nak tebus baki baucer 4 keping lagi. Murah sangat rezeki bulan ini. Terima kasih Allah..
7 Comments
Sebelum ni kalau ke Kuantan mesti belanja anak2 KR..ni dah ada kt Trg tak pergi pun lagi..hihi.