VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR

Alhamdulillah, dikala wabak pandemik COVID 19 ni melanda Malaysia, syarikat Vits aktif dengan menghulur bantuan. Di artikel sebelum ini huda ada kongsi mengenai inisiatif murni syarikat Vits dengan berkongsi rezeki dengan menghulur makanan kepada pelbagai pihak termasuk frontliner dan juga mereka yang kurang bernasib termasuk warga emas.  


Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pergerakkan, Syarikat Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini. 



Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur. 

Selain dari itu juga Vit Makanan telah menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan, uzur dan sebagainya. 



VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR 



 Syarikat Vit Makanan juga telah menyumbang sejumlah pakaian PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19.

Menurut Mr YT Lai. :

Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai “isolation gown’ sebulan . 



Beli & Derma 



Vits juga menggalakkan orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini dengan  kempen Beli & Derma.
Hasil jualan dari produk menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio ini akan didermakan terus kepada pembelian “Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. 

Ayuh semua rakyat Malaysia sama-sama membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini. 


TENTANG VITS ITALIAN MI GORENG BOLOGNESE & AGLIO OLIO 



Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali.
Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar, minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli .



Mi Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali.




Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli. Selain itu terdapat juga campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan Itali. Produk ini bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli.

Jom kita bersama-sama membeli dan menderma. Klik link dibawah untuk dapatkan produk ini di Shopee


Jom kita sokong kempen Beli & Derma Vits!



Post a Comment

2 Comments

TechMatrite said…
They usually allow access to the breast for nursing and allow plenty of access to the body for exams and the monitors used during labor. Some are even cut low enough in the back to allow an epidural. medical gown
Techmartin said…
I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well. In fact your creative writing abilities has inspired me to start my own Blog Engine blog now. Really the blogging is spreading its wings rapidly. Your write up is a fine example of it. https://satta-king.center/