Berbuka Daging Salai Masak Cili Api yang PADU!


Alhamdulillah rezeki 11 Ramadhan... rezeki tak payah masak! Yeay gantung kuali hari ni, goyang kaki jer tunggu waktu berbuka! Rezeki dapat berbuka dengan menu favourite daging salai masak cili api yang padu! Huda beli di Lambur Cafe, yang terletak di Quinara Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Terengganu.




Sebenar dah lama dah craving nak makan daging salai masak lemak ni. Akhirnya craving telah pun di tunaikan.



Huda order melalui whatsapp dan arrange self pick up. Pilihan huda daging salai, encik suami pula order kambing dan The Arifs order Butter Prawn.


Okaylah harga yer, sekali sekali makan kan..

Lepas pick up huda terus cari kuih muih untuk juadah berbuka.


Seronok tak terkata bila dapat cuti dari memasak ni. Hope encik suami bagi lagi green light cuti masak macam ni  minggu depan. hehe...





1 comment: