Travelog Sabah Part 12 | City Tour Kota Kinabalu - Signal Hill, The Pillars of Sabah , Yayasan Sabah & Masjid Terapung


Alhamdulillah, Kundasang sudah.. Tuaran sudah..kini tiba jalan-jalan di Bandar Kota Kinabalu, Sabah pula. Di sini memang banyak tempat menarik untuk di kunjungi, namun yang kami sempat terjah adalah Signal Hill di Bukit Bendera, Yayasan Sabah, The Pillars of  Sabah dan juga Masjid Terapung Sabah.



Signal Hill, Bukit Bendera, Sabah



Signal Hill di Bukit bendera ini adalah tempat tertinggi di bandar Kota Kinabalu Sabah. Ia merupakan salah satu tempat terbaik untuk mendapatkan pemandangan Kota Kinabalu yang luas dan menyeluruh. 

Puas hati dapat menikmati view yang cantik! Kota Kinabalu Sabah aku datang!!!


Family potrait di sini. Terima kasih driver kami, Encik Nasa dari NH Travel yang selalu ambil gambar kami sekeluarga. 


Bangunan Yayasan Sabah ( Tun Mustapha Tower ) 


Dahulunya dikenali sebagai Bangunan Yayasan Sabah, menara bulat ini terdiri daripada keluli dan kaca berdiri 30 tingkat tinggi di kawasan Teluk Likas dan kini dikenali sebagai ikon Sabah.




The Pillars of Sabah



Pelancaran rasmi The Pillar of Sabah adalah pada Hari Malaysia (16 Sept 2018). The Pillar of Sabah merupakan projek seni ini melibatkan 30 artis yang ditugaskan satu tiang masing-masing. Pada satu sisi setiap tiang adalah potret  "Inspiring Sabahan" artis, dan di sisi lain adalah potret diri artis.




Niat hati nak ambil gambar tiang satu-satu. Namun ada pulak gangguan kehadiran seorang insan kurang siuman yang mendekati kami sekeluarga. Apa lagi, tak cukup tanah kami nak larikan diri... huda dah la jenis penakut kalau jumpa orang camni...


Masjid Terapung Sabah




Masjid Terapung Sabah dibina di atas tapak seluas 2.47 ekar di Teluk Likas, merupakan contoh seni bina kontemporari Islam.




Terletak berhampiran dengan laut, masjid putih yang megah ini mempunyai ciri-ciri serupa dengan Masjid Nabawi di Madinah.

 Masjid terapung Sabah ini mempunyai dewan sembahyang yang menempatkan tiga madrasah dan menampung dari 9,000 hingga 12,000 orang pada satu masa.  Setakat ini masjid ini merupakan masjid terbesar di Kota Kinabalu. 


~ Nak jalan-jalan Sabah?
Boleh hubungi NH Travel untuk tempah kereta sewa di Sabah dan juga pakej travel & tour Sabah yang terbaik!



Post a Comment

0 Comments