Travelog Sabah Part 13 | Island Hopping di Pulau Sapi dan Pulau Manukan


Pada hari keempat kami di Sabah, kami teruskan aktiviti kegemaran kami sekeluarga iaitu snorkeling! Yeay, kami sangat teruja nak island hopping di Pulau di perairan Sabah ni. Biasa pergi perairan Terengganu jer..



Yeay, dah sampai Terminal Jesselton Point, ready nak pergi Island Hopping bersama NH Travel

Pulau-Pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman , Kota Kinabalu, Sabah


Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan, yang mana ia memberi maksud bila kita travel ni, baru kita sedar banyak yang kita tak tahu dari yang kita tahu... Sebelum ni, huda hanya lihat di internet, dan TV sahaja tentang Taman Negara Tunku Abdul Rahman , Kota Kinabalu , Sabah. Kali ni huda sendiri dah jejakkan kaki ke sini.

Untuk melawat pulau di Kota Kinabalu Sabah ini, perlu menaiki bot di Terminal Jesselton Point.


Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan perlindungan hidupan laut dan hidupan liar oleh kerajaan Malaysia. Maka , hidupan darat dan laut di sini dilindungi oleh perbadanan Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
Huda baru tahu di sini terdapat 5 buah Pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.
Namun kali ni, huda sempat island hopping di 2 pulau sahaja iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. 


Pakej Pulau oleh NH Travel 

Nak pergi  pulau ni, seeloknya sebelum sampai dah sedia semua. Macam huda sekeluarga pergi ke pulau ni , semua hal booking bot dan hal berkaitan pakej pulau di sini di uruskan oleh travel agen NH Travel.
Maka , sampai di Terminal Feri Jesselton Point boleh relax makan breakfast dan tunggu wakil travel agen panggil untuk naik boat. 

Benda boleh senang kenapa perlu kita bersusah betul tak? 

Jeti Pulau Sapi. Kami datang ketika air surut....boleh nampak kan beza di tiang jeti ini..


Pulau Sapi 




Lokasi pertama Island Hopping kami adalah ke Pulau Sapi. Masa sampai sini memang rasa terpesona dengan keindahan Pulau Sapi. Pulau Sapi ni merupakan kan antara pulau yang terkecil di Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan dekat sahaja dengan darat. Lebih kurang 15 minit naik boat dah sampai sini.


Air di sini sangat jernih dan kelihatan ikan-ikan kecil berenang di pesisir pantai.
Kerana Taman Negara Tunku Abdul Rahman ini mempunyai peraturan yang agak ketat, seperti tidak boleh memberi ikan makan dan juga tak boleh snorkeling di kawasan terumbu karang demi menjaga ekosistem laut...maka snorkeling trip di sini agak 'biasa-biasa' sahaja.


Mungkin nak snorkeling lagi puas kalau ke tengah lautan. Tapi kami hanya snorkeling di tepi laut di Pulau Sapi ini sahaja. Tahap kepuasan untuk melihat ikan tu.. hmm, boleh kata tak puaslah...



Pulau Manukan




Kemudian kami island hopping ke Pulau Manukan.  Pulau Manukan adalah pulau terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman dan ia juga telah diiktiraf sebagai taman laut negara.


Pengalaman snorkeling di sini berbanding Pulau Sapi adalah... 
air di sini kurang jernih di Pulau Sapi.... mungkin kerana di sini lebih luas dan meriah dengan pengunjung. 






Rezeki kami datang ke sini waktu air laut surut, jadi kawasan pesisir pantai yang ada terumbu karang tak boleh langsung masuk. Padahal di situ lah dapat lihat macam-macam ikan warna-warni. Nak panggil ikan datang pada kita pun tak boleh sebab larangan memberi ikan makan.

 Jadinya hanya kelihatan beberapa ekor ikan sahaja yang lalu lalang ketika snorkeling di sini. 

Rasanya kalau nak puas kena snorkeling dan diving kot kat sini....

Tragedi Snorkeling set jatuh di Jeti Pulau manukan.

Aduhai, perkara nak jadi kan... snorkeling set huda simpan dalam beg, dah siap ikat semua. namun bot kami sampai lewat sangat, dekat sejam jugak lah menunggu. Jadi huda keluarkan bekalan makanan untuk anak-anak makan. Ikatan beg tadi dibuka dan secara tak sengaja masa nak buka beg pack yang di belakang badan ni tertolak snorkeling set itu jatuh di bawah jeti di Pulau Manukan.


Mujur sangat, ada orang yang sudi tolong selam ke dalam air yang agak dalam dari Jeti ni dan ambilkan snorkeling set yang terjatuh tadi. Dengan upah RM20. Okaylah dari kena bayar RM 100 pada travel agen sebab hilangkan snorkeling set. Fuh... Memang tak boleh lupa sampai bila2 tau. Dah banyak kali pergi pulau ni pertama kali terjatuhkan snorkeling set. Next time huda wajib lebih berhati-hati.



~ Nak jalan-jalan Sabah?
Boleh hubungi NH Travel untuk tempah kereta sewa di Sabah dan juga pakej travel & tour Sabah yang terbaik!

Post a Comment

2 Comments

bestnya dpt pergi sabah
ROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

4Hari 3Malam RM1,199 seorang (ALL IN).
4Hari 3Malam RM 699 seorang (Vehicle : Self-Drive + Return Flight Ticket)

Termasuk:-
 Penginapan jenis hotel
 Pengangkutan
 Pemandu merangkap tour guide
 Bayaran masuk ke setiap tempat lawatan
 RETURN FLIGHT TICKET!!
 Island Hopping (Manukan & Sapi Island)


Maklumat Lanjut boleh terus berhubung dengan saya di talian +60108158484(Ira).
Terima Kasih