Travelog Sabah Part 11 | Teroka Tempat Menarik di Tuaran - Jambatan Tamparuli , Sabandar Cowboy Town & Makan Lokan
Travelog Sabah di teruskan dari Kundasang ke daerah Tuaran di Pantai barat Sabah. Ada beberapa tempat menarik di sini yang sempat kami terokai iaitu Jambatan Tamparuli , Sabandar Cowboy Town dan juga menikmati lokan panggang yang segar dan sedap!
Melawat Jambatan Tamparuli
Pelawat yang datang ke Jambatan Tamparuli juga disambut baik oleh persembahan muzik dan tarian tradisional Dusun yang indah di kaki jambatan Tamparuli.
Terokai Sabandar Cowboy Town
Seronok berjalan di Sabah ni, macam-macam ada , maka boleh cipta pengalaman unik yang memang tak dapat di lupakan. Lokasi unik dan menarik seterusnya yang kami terokai adalah Sabandar Cowboy Town.
Entrance Fee Sabandar Cowboy Town
Entrance With Complimentary Welcome Drink :Malaysian:
- RM 10 (Adult 13-59) | RM 5 (Child 6-12)
- RM 5 (Students with ID)
- FREE (OKU and Senior Citizen 60 years and above)
Non-Malaysian :
- RM 20 (Adult 13-59) | RM10 (Child 6-12)
Horse Activities
All tickets can be bought at Ticketing Office- Horse Riding: RM 15 (2 rounds on paddock) and RM 10 (1 round on paddock)
- Horse Carriage (returned trip to the beach): RM 25 (Adult) and RM 12.50 (Child 2-12)
- One-hour beach horse riding activities: RM 100 (Local) and RM 120 (Non local)
- Horse Feeding : RM 2
Waktu Operasi Sabandar Cowboy Town
- 8:00am-5.30pm
- Break time for horse activities : 11.30am-2:00pm
Kami sampai di sini pukul 1.30 petang. Aktiviti berkuda pun tengah waktu rehat.
Jadi kami teruskan berjalan melihat kandang kuda dan The Arifs berpeluang tengok kuda secara dekat.
Jalan terus lagi dan jumpa pintu masuk ke Mangrove Park. Tak sangka di Sabandar Cowboy Town ada satu lagi tarikan yang menarik! Apa lagi terus kami masuk dan melihat ekosistem Mangrove secara dekat.
Ini merupakan pengalaman pertama The Arifs melihat pokok bakau secara dekat, haruslah mereka teruja melihat akar-akar pokok bakau yang timbul. Boleh tahan besar juga kawasan Mangrove Park ni, dengan keluasan 6 hektar.
Di dalam Mangrove Park ini juga terdapat Bamboo Restaurant. Setelah penat berjalan dan bergambar di sini kami singgah minum air dengan redeem complimentary drink.
Menikmati Keunikan Lokan Panggang Tuaran
Dah sampai Tuaran ni, wajib lah singgah makan lokan! Famous tau lokan panggang kat sini. Ada satu lagi menu unik kat sini iaitu kelapa bakar! Kami tak try pun, Kami minum air kelapa muda jer..
Dan makan lokan panggang yang di masak bersama pes halia, bawang dan kunyit. Cicah dengan 3 jenis sos. Sedap! Serius sedap, sampai kami repeat order sampai 2 set! Makan macam tu jer pun sedap, makan dengan nasi pun sedap.
Post a Comment