Resepi Murtabak Maggi Kari



Suatu petang... perut lapar, dan tengok dalam kabinet dapur hanya ada maggi kari. Check peti sejuk pula, ada telur , sosej, daun bawang dan juga kobis sahaja. Nak keluar beli makanan rasa malas lah pulak. Tapi tak terasa nak maggi kari pun, sebab baru jer makan maggi kari time tengok drama korea malam-malam time anak-anak tidur. Fikir punya fikir nak masak apa, dapat idea nak masak murtabak maggi, memang dah lama tak makan! Jom apa lagi meh kita masak!


Sebelum masak murtabak maggi ni, kita google dulu resepi. Terjumpa resepi di laman web rasmi Maggi.



Tapi seperti biasa, huda memang suka modified ikut citarasa sendiri dan juga ikut bahan apa yang ada kat rumah.


Resepi Murtabak Maggi Kari

Bahan-bahan :
  • 3 peket maggi kari
  • 4 biji telur
  • sayur kobis 
  • daun bawang
  • sosej
Cara-cara :-
  • Rebus maggi sehingga kembang, kemudian toskan sehingga kering air
  • Hiris halus sayur kobis dan potong sosej dan daun bawang mengikut citarasa anda
  • Satukan semua bahan seperti gambar di atas. 
  • Gaul rata sehingga sebati perencah maggi dan bersalut semua bahan
  • Masak di atas kuali leper atau pan. 
  • Balikkan supaya masak sekata.
  • Angkat dan potong kemudian letak mayonaise dan sos.
  • Sedia untuk di makan!




    Alhamdulillah , encik suami dan The Arifs suka makan Murtabak Maggi ni. Sekali sekala boleh lah buat, tak boleh makan selalu tau.

    Selamat mencuba! Dan korang juga boleh masukkan macam-macam bahan lain mengikut citarasa.
    p/s : Kalau tak cukup telur, boleh masukkan bancuhan air tepung untuk bagi maggi melekat dan rasa lebih kenyal dan kenyang di makan!

Post a Comment

0 Comments