Chicken Chop Sedap dan Murah di Selera Bos, Waterfront Kuala Terengganu



The Arifs request nak makan Chicken Chop lama dah. tapi sebab jarang makan kat luar bulan ni, asyik la tertangguh nak tunaikan hajat si anak. Ngam date nak berjalan makan angin di bandar Kuala Terengganu hari rabu lepas, ada member blogger ganu, Fatin share pasal Chicken Chop FREE!! Apa lagi memang terus ON lah pergi makan Chicken Chop di Selera Boss , Waterfront Kuala Terenganu.





Haish, punya lah semangat kan datang Selera Bos yang terletak betul-betul depan Globe Waterfront Kuala Terengganu ni seawal pukul 6 petang. Actually kami memang dinner sebelum maghrib jadinya makan biasa dalam pukul 6 gitu. Nasib lah boleh dah redeem FREE Chicken Chop pukul 6 tu, walau kami harus menunggu gak lah dalam 15-20 minit. Tapi dah tauke kedai belanja sampai 4 set untuk kami sekeluarga, kami sanggup jer tunggu, hehe...


Wah, boleh tahan murah harga Chicken Chop kat sini. Bawah RM 10!


Ini dia Chicken Chop yang di tunggu-tunggu sudah sedia untuk di makan!




Memang murah betul rezeki kami, dapat makan sorang satu set Chicken Chop kat sini dengan tanpa kos! Boleh tahan besar juga saiz yer. Jadi encik suami haruslah melayan anak-anak makan dengan potong chicken chop ni jadi jadi size kecil-kecil. Si mama sibuk amik gambar, hehe...

The Arifs sangat suka! Yer lah, dah lama minta nak makan kan. sekali dapat makan, dah lah sedap sangat pulak tu. Sos blackpepper pun tak berapa nak pedas sangat jadi abang Arif Haikal dapat lah makan sos tu. 


Huda ada tanya pada staff Selera Bos ni, ada apa-apa event ke sampai sponsor 100 set Chicken Chop pada customer ni? Rupanya, menu ni adalah menu baru di sini, maka bos  bagi pengenalan pada semua customer dengan bagi free makan! Fuh , semoga murah rezeki restoren Selera Bos ni. 


Huda suka makan kat sini, ruang makan yang luas dan bersih. Konfem kami akan repeat datang makan sini semula, nak makan Chicken Chop lagi! Serius sedap, anak-anak pun suka!!

Jom follow ig Selera Boss untuk update dan promosi terkini >>> https://www.instagram.com/selerabos__/<<
atau whatsapp untuk pertanyaan dan tempahan
>> www.wasap.my/60145410100<<

No comments