Aktiviti Menarik Agrotourism di Homestay Kampung Sungai Sireh


 Aktiviti Menarik Agrotourism di Homestay Kampung Sungai SirehDi artikel sebelum ini huda ada kongsikan tentang lokasi menarik di Kuala Selangor iaitu Sky Mirror. Selepas puas brgambar sakan, kami teruskan perjalanan jelajah Kuala Selangor ini dengan berkunjung ke Kampung Sungai Sireh. Di sini kami habiskan masa bersama lakukan aktiviti dengan tema Agro Tourism.




Antara Aktiviti Famtrip Agro tourism di Kampung Sungai Sireh yang sangat menarik yang telah kami lakukan bersama adalah : - 

✅Canting Batik

#MYTravelMediaBuddy bersama hasil seni masing-masing. Warna warni dan cantik-cantik hasil cantingan batik. 

Selepas selesai aktiviti mencanting batik, kami bergerak menaiki traktor ke lokasi homestay kampung untuk aktiviti seterusnya

✅Melawat Homestay dan bermain game mencari nama barang-barang tradisional dan pokok-pokok sekitar homestay
khusyuk kami mencari perkataan dalam teka silang kata dan mencari barang-barang yang tersenarai di atas kertas ini.

Aktiviti seterusnya semakin menarik! maklumlah bila orang bandar masuk kampung kan. Pengalaman berharga yang pastinya tak dapat dilupakan.

✅Memancing




✅Tanam Padi




✅Mengagau ikan




Selesai aktiviti - aktiviti yang mengeluarkan peluh dan bermain lumpur, peserta yang turut serta di bawa ke bendang untuk mandi di tali air di kawasan bendang padi. 
 

Terima kasih tidak terhingga kepada orang kampung yang sangat sporting melayan orang bandar masuk kampung ni! Terima kasih juga kepada pihak Tourism Malaysia yang bawa kami jelajah sektor agrotourism di Kampung Sungai Sireh, Kuala Selangor ini.




I am proud to be one of #MYTravelMediaBuddy!



Jika korang juga minat nak terokai aktiviti menarik yang kami lakukan di sini , boleh rujuk kepada : - ENCIK ABU BAKAR BIN MOIN, 
Pengurus Homestay Sungai Sireh. 
6019-346 7372, 


Atau

 ENCIK SALAMAT BIN SURIB, 
013-305 1470.



ALAMAT :-

AGROTOURISM HOMESTAY SG.SIREH
LORONG A/P23,KAMPUNG AMPANGAN,
PARIT SATU,SG.SIREH,
45500 TG.KARANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Layari blog dan ikuti di laman sosial facebook untuk maklumat terkini

Post a Comment

0 Comments