Skymirror Kuala Selangor - Destinasi Wajib Terjah!





Dalam Malaysia ni banyak tempat unik dan menarik antaranya Skymirror yang terletak di Kuala Selangor. Ini merupakan kali pertama huda jejakkan kaki ke Kuala Selangor bersama-sama rakan media dalam Fam trip tourism di Kuala Selangor.
Sky Mirror merupakan tarikan di Kuala Selangor yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Sasaran Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor juga mendapat gelaran Salar De Uyuni Malaysia.  Bagi korang  peminat fotografi , tak perlu lagi habiskan duit travel ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan seni foto Salar de Uyuni. Semuanya ada di Malaysia! Jom kita sama-sama promosikan #VisitMalaysia2020



Kami wakil media dari selatan, timur, utara dan borneo berkumpul bersama-sama meneroka keindahan di Skymirror Kuala Selangor ini.


Wakil media - pelbagai platform dari Tourism Pantai Timur ( Kelantan, Terengganu dan Pahang)

Jom layan gambar-gambar kami yang di ambil oleh staff Sky Mirror Kuala Selangor. 












Fenomena Salar de Uyuni di Sasaran ini tidak selalu berlaku. Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30.
Waktu berlaku air surut ini antara pukul 10.30 - 11.00 pagi.
Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.
Tips penting juga sebelum anda ke sini adalah pakai baju warna terang-terang, colorful, baru cantik gambar nanti!



Yeah! Huda dah jejakkan kaki di Sky Mirror, Kuala Selangor ni, korang bila lagi nak terjah sini bersama rakan-rakan? Satu kepuasan dapat bergambar di lokasi wajib terjah #VisitMalaysia2020

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : -

Post a Comment

1 Comments

Izyan Balqis said…
tolong la jangan bagi IQ jeles, IQ dah lama teringin nak pergi sky mirror ni. bestnya!!