Beg Sekolah Baru Untuk Adik Hakim Dari Kelab Blogger Ben Ashaari

Pada bulan lepas, huda ada terima sumbangan istimewa sempena projek beg sekolah dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk beli beg baru untuk adik. Tahun ni adik memang guna pakai beg sekolah tadika si abang tahun lepas jer.  Di penghujung tahun, tergerak hati juga nak belikan beg baru untuk adik, tapi siapa sangka, ada rezeki sumbangan dari Kelab Blogger Ben Ashaari tepat pada waktunya! Memang rezeki anak mama, syukur, ALHAMDULILLAH!


Setiap anak itu Allah dah tentukan rezeki mereka , bahkan anak-anak juga yang membawa rezeki yang melimpah ruah dalam keluarga. 


Kali ni nak cerita pasal anak bongsu huda yang sangat happy bila dapat beg baru. Dengan sejumlah wang RM XXX sumbangan Kelab Blogger Ben Ashaari dapatlah huda belikan adik hakim beg baru yang lebih berkualiti dan juga di kedai bukannya seperti kebiasaan huda beli secara online import dari China kerana harga yang murah. 


Ini dia beg baru adik, yang dia pilih sendiri di Toys R Us, One Utama pada bulan lepas.



Melihat adik senyum dan bahagia dapat beg baru, mama pun tumpang bahagia. 

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari, semoga terus murah rezeki di dalam dunia blogging dan juga SELAMAT ULANG TAHUN ke 10 #KBBA9 , since 2009-2019. 

5 comments:

  1. alhamdulillah tumpang gembira untuk adik hakim <3

    ReplyDelete
  2. wahhh, seronok adik hakim dapat beg sekolah baru kan?semoga jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  3. Wahhh... Seronok adik dapat beg baru ye.. Alhamdulillah..rezeki

    ReplyDelete
  4. Seronok dia..dah dapat beg baru...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..rezeki anak. Terbaiklah KBBA

    ReplyDelete