Pengalaman Tengok Circus Extreme di Kuala Terengganu
Apa yang Menarik di Circus Extreme ni?
Nama pun circus extreme kan, mestilah ada macam-macam pertunjukan yang ekstrem yang mendebarkan. Antaranya persembahan menarik yang korang boleh tengok sepanjang 1 jam 30 minit pertunjukan Circus Extreme ini adalah seperti berikut : -
Spinning Wheels
Ini merupakan pertunjukan pertama yang di persembahkan dalam Circus Extreme Kuala Terengganu. Abang Arif Haikal sangat teruja, berkali-kali dia bersorak "WOW" dan tepuk tangan, Suka tengok anak-anak enjoy pertama kali tengok pertunjukan circus ni.
Danguir Troupe
Seterusnya, pertunjukkan yang paling huda takut nak tengok, aduhai.. risau weh! Paling scary, boleh pulak diorang jalan tutup muka semua. Mujur, ada safety precaution dengan siapkan ballon bed besar bawah tali tu. Haish....seram! memang extreme tau Circus ni, so korang pun kena datang tengok sendiri dan rasai debarannya!
Rolla Bolla Act
Persembahan ni pun agak extreme jugak. Nampak cam simple jer persembahan, tapi fuh dia pun debaran tengok clown tu duduk imbang badan siap boleh main skipping la, juggling lah. Aduhai.. hebat sungguh persembahan ni.
Acrobats
Dalam banyak-banyak show , show ni si Adik Hakim paling suka! Sebab ada karakter Spiderman.
Selain tu ada akrobat guna gegelung juga yang boleh tahan hebatnya.
Akrobat glow in the dark yang unik.
Clown
Persembahan dari Clown dari awal sampai penghujung persembahan pun menghiburkan anak-anak. The Arifs siap tiru tau bila balik ke rumah kelmarin, hehe...
Globe of Death
Fuh, selama ni tengok Globe of Death ni kat TV jer, ni dapat peluang tengok depan mata secara dekat. Memang sangat teruja. Hebat sangat, mula-mula sorang jer , lepas tu 2 orang dan akhir sekali 3 orang. Ni pun meremang gak tengok, extreme sungguh diorang ni, bawa motor laju2 pusing2. Power sungguh!!
Harga dan Waktu Persembahan
Circus Extreme Kuala Terengganu
Circus Extreme by Great British Circus Malaysia
📍 Perkarangan Kompleks Sukan , Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu
⏰ Isnin - Rabu : 8.30 pm
Jumaat - Ahad & Public Holiday : 5.30 pm & 8.30 pm
Bermula 5.10.2019 - 28.10.2019 SAHAJA!!
Standard Seat
- Dewasa : RM 40
- Kanak-kanak (6 - 12 tahun) : RM 25
- Kanak-kanak ( 2 - 5 tahun) : RM 20
- Dewasa : RM 60
- Kanak-kanak (6 - 12 tahun) : RM 35
- Kanak-kanak ( 2 - 5 tahun) : RM 25
- Dewasa : RM 80
- Kanak-kanak (6 - 12 tahun) : RM 60
- Kanak-kanak ( 2 - 5 tahun) : RM 35
Untuk tempahan, hubungi :-
📞 016 407 1880 / 011 161 50805

Post a Comment