Pengalaman Tengok Circus Extreme di Kuala Terengganu

Pengalaman Tengok Circus Extreme di Kuala Terengganu  | Bila sebut jer Circus mesti dah terbayang betapa seronoknya dapat tengok live performance. Korang dah pernah tengok Circus tak? Huda dan keluarga kali pertama tengok Circus kelmarin. Jom baca pengalaman pertama kami anak- beranak tengok Circus buat pertama kali dalam hidup ni...


Circus Extreme Di Kuala Terengganu 


Seminggu sebelum team Great British Circus Malaysia ni datang ke Kuala Terengganu huda dah teruja! Masa ternampak iklan di Facebook rasa macam tak percaya. Kali pertama ni Circus datang Kuala Terengganu!!!. Salah satu wishlist huda nak bawa The Arifs tengok circus. Tapi selalu takde rezeki sebab jauh nak pergi. Kali ni dekat jer, 15 minit jer dar rumah! Maka kami memang excited nak pergi.



Circus Extreme dari Great British Circus Malaysia ni berada di perkarangan stadium Gong Badak, Kuala Terengganu bermula 5 Oktober sehingga 28 Oktober 2019 ni. Jadi untuk warga Terengganu dan sekitarnya boleh lah terjah ke sininya bersama keluarga dan kawan-kawan.

Apa yang Menarik di Circus Extreme ni?


Nama pun circus extreme kan, mestilah ada macam-macam pertunjukan yang ekstrem yang mendebarkan. Antaranya persembahan menarik yang korang boleh tengok sepanjang 1 jam 30 minit pertunjukan Circus Extreme ini adalah seperti berikut : -

Spinning Wheels





Ini merupakan pertunjukan pertama yang di persembahkan dalam Circus Extreme Kuala Terengganu. Abang Arif Haikal sangat teruja, berkali-kali dia bersorak "WOW" dan tepuk tangan, Suka tengok anak-anak enjoy pertama kali tengok pertunjukan circus ni.



Danguir Troupe 







Seterusnya, pertunjukkan yang paling huda takut nak tengok, aduhai.. risau weh! Paling scary, boleh pulak diorang jalan tutup muka semua. Mujur, ada safety precaution dengan siapkan ballon bed besar bawah tali tu. Haish....seram! memang extreme tau Circus ni, so korang pun kena datang tengok sendiri dan rasai debarannya!

Rolla Bolla Act  




Persembahan ni pun agak extreme jugak. Nampak cam simple jer persembahan, tapi fuh dia pun debaran tengok clown tu duduk imbang badan siap boleh main skipping la, juggling lah. Aduhai.. hebat sungguh persembahan ni.

Acrobats



Dalam banyak-banyak show , show ni si Adik Hakim paling suka! Sebab ada karakter Spiderman.



Selain tu ada akrobat guna gegelung juga yang boleh tahan hebatnya.



Akrobat glow in the dark yang unik.



Clown



 Persembahan dari Clown  dari awal sampai penghujung persembahan pun menghiburkan anak-anak. The Arifs siap tiru tau bila balik ke rumah kelmarin, hehe...



Globe of Death 






Fuh, selama ni tengok Globe of Death ni kat TV jer, ni dapat peluang tengok depan mata secara dekat. Memang sangat teruja. Hebat sangat, mula-mula sorang jer , lepas tu 2 orang dan akhir sekali 3 orang. Ni pun meremang gak tengok, extreme sungguh diorang ni, bawa motor laju2 pusing2. Power sungguh!!

Harga dan Waktu Persembahan 

Circus Extreme Kuala Terengganu 




Circus Extreme by Great British Circus Malaysia


πŸ“ Perkarangan Kompleks Sukan , Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu


⏰ Isnin - Rabu : 8.30 pm
Jumaat - Ahad & Public Holiday : 5.30 pm & 8.30 pm


Bermula 5.10.2019 - 28.10.2019 SAHAJA!!





Harga Tiket Circus Extreme by Great British Circus Malaysia



Standard Seat
  • Dewasa : RM 40
  • Kanak-kanak (6 - 12 tahun) : RM 25
  • Kanak-kanak ( 2 - 5 tahun) : RM 20 

Hot Seat 

  • Dewasa : RM 60
  • Kanak-kanak (6 - 12 tahun) : RM 35
  • Kanak-kanak ( 2 - 5 tahun) : RM 25

VIP Seat
  • Dewasa : RM 80
  • Kanak-kanak (6 - 12 tahun) : RM 60
  • Kanak-kanak ( 2 - 5 tahun) : RM 35

Untuk tempahan, hubungi :-
πŸ“ž 016 407 1880 / 011 161 50805



Pengalaman kami sekeluarga pertama tengok persembahan Circus Extreme yang tak dapat di lupakan sebab kami sangat seronok dan enjoy sepanjang persembahan. Yeay, wishlist nak bawa The Arifs tengok Circus sudah pun terlaksana! Alhamdulillah, rezeki anak-anak . Serius berbaloi datang ke sini, jadi  jom bawa keluarga tersayang luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tengok Circus Extreme di Kuala Terengganu!



Post a Comment

30 Comments

Suria Amanda said…
Boleh tahan juga harga tiket ye..first time akak masuk circus tengok face to face real life tahun 2006 rasanya..lepas tu sampai sekarang takde dah...yang penting anak- anak seronok kan?
Red Linda said…
x pernah lagi ada kesempatan nak pergi event sarkas cmni. tp macam x berani nak g sebab seriau tgok aksi ala2 ngeri.hahaha
Dilah said…
Wahhh.. selalu tengok sarkas kat dalam tv jer.. mesti best sangat dapat tengok depan2kan.. berdebar2 tengok magic tu..
I am Vee said…
Alamak kat terengganu ! I thought kat KL , nak bawa anak pergi!
Seronoklah dapat pergi lama dah tak dapat tengok depan mata acara silap mata, sarkar dan stund macam ni, last dulu zaman sekolah menengah dapat pergi lama sangat dah.... seronok anak2 nampak mereka teruja
Mama aiman said…
Bestnye ada pertunjukan circus extrem..nad paling suka klu tgok badut buat show. Mcm2 silap mata die buat..
Rini Ismail said…
Seronok kan dapat pengalaman macam ni. Dia punya excited tengok depan mata tu..best!
Rawlins GLAM said…
Eh. Best plak kan tengok sarkas begini. Rawlins teringin nak tengok aksi-aksi tu semua tapi takmo tengok Globe of Death tu. Ngeri kot - takut depa terlanggar
Raihanah ahmad said…
Zaman kecik2 dulu saya pernah tengok London Circus �� dulu2 diorang selalu datang msia kan
sis gee said…
memang anak anak teruja tengok sarkas live! kita yang dewasa pun enjoy!
Julia Mahir said…
Kita last tengok circus masa kecik-kecik dulu je. Dah besar tak pernah lagi tengok huhu. Kalau one day dapat bawak anak-anak mesti best. Jgn balik diorang nak p ikut buat dah hahaha
MaisarahSidi said…
Seronok juga luangkan masa bersama keluarga di tempat begini kan. Tak pernah lagi tengok circus ni heeee. Tapi best la gayanya, macam-macam aksi menarik boleh tengok.
Huda Halid said…
aah betul tu, tengok anak2 happy, priceless....
Huda Halid said…
mmg neves sepanjang show, kecut perut tgk lagak extreme diorg
Huda Halid said…
tu lah, pengalaman pertama tgk live show circus, mmg best
Huda Halid said…
hehe, diorg tgh road tour di kuala terengganu sepanjang oktober ni
Marina Bashah said…
Bestnye tengok circus. Tak pernah lg tgk circus. Harga tiket pon boleh tahan mahal jugak. Tapi berbaloi la kan
emarieys said…
Wah bestnya...bolehlah share pada famili kat Kelantan ni..bawa anak-anak tengok circus.
cc kak fas said…
Dah lama benor tak tengok circus. Teringat zaman kanak-kanak dulu selalu gak mak ayah bawa tengok circus. Memang takut pun ada risau kut orang tu jatuh. Ini lagi la pulak sarkas ekstrim. Mesti kecut perut tengok..
Nadia Johari said…
Tak pernh pergi tempat macm ni, tengok circus mcm ni..menarik..yang extreme tu la yang emndebarkan..hehee..anak2 seronok tengok..okla
Cik Nor said…
bestnya tgk circus live..biasa tgk dalm tv jer..:)
Tini Alif said…
Bestnya dapat tengok circus secara live... saya pun belum pernah lagi tengok circus secara live... selalunya tonton di kaca TV sahaja la... nanti bila tour dah sampai kat area KL, boleh la bawa anak-anak tengok circus ni... hehehehe...
Aerill Hassan said…
wah bestnya sarkas! selalu tengok dalam filem and cerita omputih je, sekarang dah ada dekat malaysia. kalau dekat dengan rumah ni, rasanya saya dah pergi dah haha. seronok boleh keluar dengan keluarga, luangkan masa.
Zahirah Dzahir said…
Best boleh tengok live..selalu tengok depan tv ja
Wah dah lama kita tak tengok circus. Menarik jugakkan persembahan dia. Sekarang dah jelajah seluruh malaysia termasuk terengganu. Best best
Lia Hasty said…
Bestnya dapat tengok circus depan mata kan. Baru lah dapat pengalaman sendiri. Harga pun berpatutan.
Zandra Zane said…
Dah lama tak tengok Circus. Nasib lah circus sekarang dah tak guna abuse animals bagai kan. Ha tanpa animal yg diseksa pun circus masih boleh nampak fun and gah macam ni~
Cik Renex said…
Bestnya tgok circus live. Teringin nk g tp jauh sgt la pulak. Huhu
Zharif Azis said…
wahhh bestnya pergi circus. saya tak eprnah pergi ke circus. bagus sekarang circus tidak melibatkan haiwan2 liar. kesian tgok haiwan liar yang bekerja di circus.