Cara Paling Mudah dan Terbaik Untuk Gandakan Duit Dalam Masa yang SINGKAT!
Duit.. Oh.. Duit.. Semua benda zaman sekarang perlukan duit kan? Bak kata orang tu, no money no talk! Hmm, tapi ada masa Allah uji dan sekat rezeki kita. Walau gaji besar pun, banyak kebocoran wang sana sini, dan terasa tak cukup jer. Macam huda pulak, memang bergantung pada rezeki bisnes dan blogging. Kadang kala, Ya Allah, setiap hari berkali-kali cek akaun harap payment job dan customer masuk. Sampai nak jual barang preloved demi nak dapatkan duit...
Jadi apakah cara yang paling MUDAH dan MAGIK untuk gandakan DUIT dalam masa yang SINGKAT?
First thing first.. kita kena kuatkan iman dan kepercayaan kita pada ALLAH yang MAHA KAYA, MAHA PEMBERI REZEKI. Allah nak bagi RM 1,000,000 dan RM 1 adalah sama senang yer. Sekelip mata Allah boleh bagi.
Kemudian, mulakan hari dengan SEDEKAH. Tak kisah banyak mana pun, kepada sesiapa pun. Paling penting HATI kita IKHLAS.
Kemudian, mulakan hari dengan SEDEKAH. Tak kisah banyak mana pun, kepada sesiapa pun. Paling penting HATI kita IKHLAS.
Fahamkan konsep balance dalam hidup kita. Nak duit datang, kita kena mula memberi. As simple as nak kenyang kena makan. Nak sesuatu kena buat sesuatu yang sepatutnya.
Bayangkan lepas korang bersedekah tu Malaikat doakan....
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain tu diri sendiri kena doa. Doa bukan sekadar perkataan dibibir tapi dalam hati yang penuh yakin.
"Berdo'a kepadaku niscaya akan Ku-perkenankan bagimu"
(QS. al-Mu'min:60)
Sebenarnya, banyak sangat kisah sedekah dalam hidup huda yang memberi sinar harapan dan keajaiban tau.
Huda pernah satu masa takde langsung cash, ada duit tabung tu pun syiling jer. Huda dan latih The Arifs, setiap kali ke masjid wajib masukkan duit. Hari tu,hanya mampu bagi The Arifs masukkan syiling jer kat masjid. Huda suruh anak-anak sambil masukkan duit syiling tu doa murah rezeki.
Memang janji Allah tu benar.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
Antara nikmat Allah yang tak putus-putus datang adalah nikmat syukur , nikmat kesihatan anak-anak dan kecukupan rezeki yang datang tepat pada waktunya. Bantuan Allah sentiasa ada untuk kita.
Bagi Huda memang betul2 terjadi. Bukan sekali dua, tapi banyak kali. Paling seronok Allah hadiahkan duit waktu memang kita perlukan. Hilang terus beban. Sebab tu kita kena selalu sedekah, terutama pada waktu susah.
Kisah beberapa hari lepas. Huda memang berkira-kira sebab nak berjalan balik kampung , komitmen awal bulan nak bayar itu ini, fikir banyak guna duit. Tapi Adik ipar kereta rosak, dan hanya kami tempat dia minta tolong sebab rumah kami paling dekat dengan universiti dia. Biasalah, kalau kereta ni, mesti lah melayang juga 3 angka.
Huda dan suami sama-sama yakin, Allah bagi duit pada kami, bukan semua kita punya. Semua Allah punya. Allah dah aturkan kami kena keluarkan duit jumlah sekian sekian pada waktu itu. Bayar dengan redha dan niat kerana nak bantu orang dan niat kerana Allah.
Magic Happen. Kami keluarkan RMXXX, Allah bagi hadiah RMXXXX dalam akaun. Nak nangis bila terasa kasih sayang, Rahmat Allah bertandang ke dalam hidup kami.
Huda dapat duit tu, terus klik-klik daftar EZYQURBAN. Sebab memang niat , Allah bagi rezeki, wajibkan diri untuk buat Qurban.
Alhamdulillah, selesai semua bayar itu ini. Allah Maha Mencukupi dan Maha Kaya.
Memang singkat sungguh masa Allah nak hadiahkan duit hanya dengan memberi dengan IKHLAS. Tak sampai sehari pun.
Jom sedekah, tak kisah berapa pun , takde duit kertas, duit syiling pun okay. Yang penting kita menjadi tangan yang di atas. Tangan yang memberi.
Sekian perkongsian huda pagi ni.. Semoga ia memberi inspirasi pada kita semua, menambah nilai kehidupan kita di dunia yang sementara ni.
Betul ke SEDEKAH ni boleh gandakan DUIT dalam masa yang SINGKAT?

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)
0 Comments